Sehari dua ini marilah kita fokus kepada Galas dan Batu Sapi. Bagaimanapun TM lebih akan fokus lebih kepada Pas berbanding dengan Batu Sapi. Ini kerana Batu Sapi pengundi dah sebulat suara akan mengekalkan calon BN. Lagi pun Batu Sapi tak ada isu hangat seperti mana Galas.
Sehari dua ini juga Pas 'melayorkan' calon mereka yang bergelar 'doktor' berbanding calon BN yang cuma ada Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Nak tanya sikit lah kepada orang Pas, gelaran doktor tu datang dari pondok mana?
Pas secara tanpa sedar dengan menghina wakil rakyat Pas yang ramai di Perak, Kedah dan lain-lain tempat yang hanya memiliki SPM mereka juga telah menghina orang dalam kubur iaitu Hasyim Sulaima yang hanya bekas peneroka dan tidak punya apa-apa degree.