Jumaat, 29 Oktober 2010

BURUK NAMA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KERANA SIKAP KAKITANGAN HAPRAK

Ini kisah masalah penduduk Kampung Expo Kamunting, Banjir masih menghantui sebahagian daripada penduduk Kampung Expo yang tinggal di kawasan yang rendah terutama di kawasan Jalan Expo dan Jalan Kolam.

Jalan Kolam 8 sangat kritikal, hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat kerap berlaku. Rumah akan dimasuki air dan juga sebuah dewan yang menempatkan Tadika Kemas yang juga merupakan surau sementara bagi penduduk setempat.

JKKK telahpun memohon peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut dan permohonan diluluskan oleh JKR Daerah Taiping dengan kos RM 100 ribu ringgit. Ini berita ,gembira kepada penduduk Jalan Kolam 8 dan mereka amat berterima kasih kepada Pengerusi JKKK En Zakaria Mahat , Wakil Rakyat YB Dato Zahir Khalid dan juga JKR. Ia amat selari dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Sayang seribu kali sayang segala impian dan harapan berkecai kerana gara-gara seorang juruteknik kanan JKR yang membawa lari projek tersebut dari Jalan Kolam 8 ke Jalan Kolam 6 dimana terletak rumahnya.

Amat menyedihkan longkang konkrit berharaga RM 100 ribu itu dibina di bahagian rumahnya. manakala sebelah lagi tidak dibuat.  Logiknya dibahagian kiri Jalan Kolam 6 yang sepatutnya dibuat kerana sebelah kiri banyak rumah , manakala sebelah kanan hanya rumah juruteknik sahaja.

Sikap pegawai berkenaan amat dikesali oleh sebahagian besar penduduk Jalan Kolam 8 seperti Haji Ibrahim warga emas dan juga bekas JKKK tahun 80an turut mengecam dan menyesali apa yang berlaku dan kesal dengan sikap juruteknik tersebut yang mementingkan diri sendiri.
Jalan Kolam 8 yang kerap banjir kilat

Longkang untuk Jalan Kolam 8 yang dicuri untuk Jalan Kolam 6 (kanan)

Tiada rumah di sebelah kanan Jalan Kolam 6

Longkang sepatutnya dibuat disebelah kiri Jalan Kolam 6 yang banyak rumah

Penduduk Jalan Kolam 8 yang mengharapkan longkang

Jalan Kolam 8 kiri yang tidak berlongkang

Jalan Kolam 6 dari arah Jalan Kolam 5

 Rumput menutupi longkang kerana tiada penghuni di sebelahnya Lorong Kolan 6

Hanya sebuah rumah sahaja ( rumah juruteknik JKR) yang curi projek dari Jalan 8

Pandangan dari rumah Juruteknik