Click on people's faces in the photo to tag them.
Lan will be asked to approve all tags before others can see them.
Saya salinkan lagi satu cerita buat renungan, tak berapa baru sangat:
PENANG EXCEEDED RM1 Billion revenue in 2009
PADA TAHUN BERAKHIR 2009, PENDAPATAN NEGERI PULAU PINANG MELEBIHI RM1 BILION.
Perkara ini adalah pertama kali berlaku sejak 52 tahun lepas.
Sudah tentu tidak ramai yang tahu berita baik ini, manakan tidak, editor-editor akhbar semua sayangkan periuk nasi sendiri lebih dari rasa tanggungjawab pada kerja.
Harap anda boleh ambil tanggungjawab dari editor editor yang tak boleh diharap, sebarkan berita supaya kawan-kawan anda semua tahu siapa yang lebih layak terima undi mereka waktu Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, terima kasih.
Baca artikel pendek ini dan ambil kira nasib anak dan cucu kita sebelum kita sesukanya memangkah kertas undi; ambil tindakan bijak dengan memilih kerajaan yang telus dan adil.
Dalam hal bijak undi ini, kami ucapkan TAHNIAH pada rakyat Negeri Pulau Pinang kerana sudahpun mengambil tindakan bijak dengan memilih kerajaan yang telus dan adil.
Berikut ini ialah keadaan Negeri Pulau Pinang yang maju sedang ekonomi Negeri Pahang sekarang berada dalam keadaan terlalu nazak; disebut Negeri Pahang kerana ia negeri yang sangat kaya dengan hasil bumi dan juga teguh berada bawah naungan UMNO dan BN sejak 52 tahun lepas (ia juga negeri tukang terjemah).
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat perhatian "Global Anti-Corruption watchdog Transparency International" atas usaha yang diambil untuk membasmi rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa.
Ditanya bagaimana Malaysia boleh melonjak ke tempat 47 dari 180 negara dalam kajian TI ini?
Jawapan:
Rakyat Malaysia telah membuat keputusan bijak dengan menafikan majoriti 2/3 yang selama ini dijadikan lesen oleh Kerajaan Barisan untuk bermaharajalela di bumi tercinta ini; lesen itu sudah ditarik balik bila Pakatan Rakyat diberi lebih "kuasa dan suara" untuk mempersoalkan setiap tindak-tanduk Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional; keadaan inilah yang melonjakkan Malaysia ke tempat 47 sebagai negara yang lebih baik.
Pencapaian dalam masa singkat (18 bulan sahaja) oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng amat memalukan bekas Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Dr Koh Tsu Koon dari Parti Gerakan.
Nampaknya apa yang dikata oleh bekas Presiden Gerakan Lim Keng Yaik akan jadi nyata:
"BN/Gerakan sudah kehilangan Pulau Pinang buat selama-lamanya"
"Kehilangan dan kerugian sebanyak RM 10 billion setahun oleh Kerajaan Pusat akibat rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa adalah jumlah yang keterlaluan besarnya; untuk kebaikan 27 juta rakyat Malaysia supaya mereka boleh menikmati hasil kemakmuran negara, Kerajaan Pusat mesti mengambil usaha segera dan bertindak dengan lebih berkesan dalam menghapuskan amalan rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa."
Tambah YAB Tuan Lim Guan Eng lagi, usaha berterusan Kerajaan Negeri membasmi rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa juga telah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengurusan operasi sebanyak RM36 juta, jumlah ini adalah 12 peratus dari jumlah kos keseluruhan.
*Sesiapa yang di tempat kerja dia terlibat dalam usaha penjimatan kos operasi syarikat (seperti saya) akan faham yang kadar 12 peratus ini ialah jumlah "kebanggaan" bila dapat dicapai, hampir-hampir mustahil dalam banyak keadaan.
"membasmi rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa akan beri manfaat yang sangat besar pada rakyat" ujar YAB Tuan Lim Guan Eng.
TERIMA KASIH tuan yang amat kami hormati.
*Bukankah itu maksud sebenar YAB (Yang Amat Berhormat)? bila dia ialah pemimpin yang beri manfaat pada kita, bukan hanya beri untung pada segelintir
orang sekeliling.
Doa saya supaya YAB dapat bimbingan dan hidayah
dari Allah, doa saya supaya kita semua yang belum terbuka hati walaupun sudah berada dalam Islam juga dapat bimbingan dan hidayah dari Allah..
Pilihlah Pemimpin yang tidak rasuah, pecah amanah dan menyalahguna kuasa
NOTA KAKI
PAS hanya baca rumusan ketua audit yang melabelkan BAIK, baik bukan terbaik, Pas tak baca semua laporan audit cuma ambil apa yang orang pertama tulis, pada amnya banyak perkara yang lemah dan tak baik ddalam laporan tersebut.