Jumaat, 8 Oktober 2010

CINTA 3 SEGI ANWAR- NIK AZIZ - LEE KUAN YEW II

Semalam TM telah membangkitkan isu cinta 3 segi antara Lee Kuan Yew, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Nik Aziz yang berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia telah memulakan langkah diplomasi antara bangsa dengan pemimpin-pemimpin negara luar. Langkah pertama ialah Singapura dengan melawat mendiang isteri Lee Kuan Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Selepas ini Nik Aziz akan hadir lebih banyak majlis-majlis rasmi di luar negara. PAS yakin akan menawan Putrajaya dalam PRU 13.

Anwar mantan Timbalan Perdana Menteri tidak perlu diperkenalkan lagi di arena antara bangsa kerana beliau sudah cukup pendedahan diperingkat luar negara sejak awal kemasukan beliau dalam kabinet dari tahun 80an lagi.

Anwar sudah lama berjaya di peringkat antarabangsa dan tidak kekok lagi untuk melobi dan berurusan dengan negara-negara luar.

Oklah kita balik kepada soalan pokok semalam. Lee Kuan Yew dalam lawatan ke Kuala Lumpur pada tahun 1993 telah menbisikkan kepada Tun Mahathir mengenai amalanl seks luar tabii Anwar kepada beliau (Tun).

Ini lah punca kepada isu ini. Anwar amat marah kepada LKY. Pernahkah anda melihat mereka berdua bergambar  dan bersama dalam majlis-majlis rasmi. Kerana LKY lah Anwar tersingkir dari kedudukan beliau.

Tun Mahathir mengambil masa 5 tahun untuk menyiasat dan mengkaji segala aktiviti Anwar. Akhirnya dua hari  selepas majlis gilang gemilang Sambutan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

30 Ogos 1998 juga mencatat satu sejarah dalam negara iaitu konvoi kereta Proton terbesar dan terpanjang dari KL ke Pulau Pinang.