Khamis, 7 Oktober 2010

ZAID TARIK DIRI-NURUL LAWAN AZMIN- AZIZAH VS ANWAR 69 TONGGANG TERBALIK PKR

Tempoh persidangan cabang-bercabang PKR sudah selesai berdasarkan kalendar iaitu 17 September hingga 2 Oktober 2010, bagaimanapun cabang-cabang yang bermasalah belum selesai.

Ini belum masuk kes penipuan dalam jumlah kertas undi. Slogan one person one vote ternyata bohong kerana ada cabang yang jumlah kehadiran dan jumlah kertas undi tidak sama.

Agaknya PKR menggunakan dan mengupah pengundi hantu untuk memenangkan calon-calon tertentu yang direstui oleh Anwar. Setakat ini sudah ada cabang-cabang yang membuat laporan polis dan kes perlu disiasat dengan teliti.

Ini akan menjejaskan dalam menentukan keputusan pemilihan parti dan kemungkinan besar PKR boleh diharamkan  oleh ROS.

Jika krisis berjaya selesai dengan baik, timbul pula pertelingkahan keluarga, siapa lagi jika bukan keluarga Anwar  sendiri.  Jika kita imbas  kisah 'Godfather' akan berlaku bunuh membunuh dalam keluarga.

Kenyataan Zaid untuk tarik dari dari jawatan Timbalan Presiden kerana memberi laluan dan menyokong kepada Nurul akan menyebabkan satu malapetaka dalam keluarga Anwar.  Persoalannya lagi ialah adakah Nurul mendapat restu Anwar. Di mana pula pendirian Azizah, sokong Siapa?

Jawapan yang sesuai ialah PKR akan hancur dalam masa terdekat. Anwar akan mencari suaka politik di luar negara. Mungkin juga semua ini adalah skrip Anwar untuk menutup parti PKR secara sah dan ia dilakukan oleh ROS. Anwar sekali lagi boleh menyalahkan kerajaan dalam isu ini.  Hebat Anwar, menipu......menipu ahli parti PKR, menipu Dap, menipu Pas dan amnya menipu rakyat Malaysia..