Jumaat, 15 Oktober 2010

KARIER POLITIK IDHAM LIM BAKAL BERAKHIR

Adun Titi Serong YB Idham Lim atau lebih terkenal dengan panggilan Cina Islam bakal ditidurkan dalam pilihan raya akan datang.  Ini bermakna Mujaddid Yusuf Rawa sudah merancang untuk menggantikan calon yang lebih popular atau serasi dengannya.

Idlam Lim sebenarnya berperang besar dengan Mujadid Yusuf Rawa sehingga menyebabkan mereka tidak lagi berkongsi bangunan / pejabat atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat  Masyarakat.

Ada angin menyatakan Idlam Lim akan dihantar untuk bertanding di kawasan Dato Seri Tajol Rosli di Hulu Perak.  Jika benar ia merupakan satu agenda jahat kepimpinan Pas Perak untuk membunuh karier politik Idham Lim.

Cina Islam ini bukan sahaja tidak disukai oleh Pas Kerian dan  juga oleh pengundi dan penduduk Titi Serong kerana sifatnya yang besar diri , bermegah-megah dan sombong. Beliau amat mudah untuk lepas cakap kepada sesiapa sahaja termasuk juga rakan-rakan lama yang masih mengajar di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

Rakan-rakan guru yang sama mengajar dengan beliau amat marah bila sebut saja nama beliau. Cina Islam ini sanggup menghina rakan-rakan lamanya yang masih makan gaji dengan kerajaan . Dia lupa bahawa walaupun dia menjadi wakil rakyat Pas yang kini menjadi pembangkang tetapi beliau juga merupakan penjawat awam dan tertakluk kepada undang-undang.

Pas Perak juga tidak yakin yang beliau akan mengekalkan kerusi Titi Serong jika bertanding semula untuk kali kedua.

Wahai Cina Islam !!! Siap lah lubang kubur dan tempahlah batu nisan awal-awal kerana kamu akan dimatikan oleh rakan-rakan kamu sendiri.