Khamis, 28 Oktober 2010

Mampukah PKR membela nasib orang Islam sedangkan Dap cuba melenyap unsur-unsur Islam dan budaya Melayu

Pakatan Rakyat yakin akan memberikan saingan yang baik dalam pilihan raya kecil Batu Sapi yang diwakili oleh Ansari Abdullah dari PKR.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertandingan tiga penjuru ini menunjukkan Pakatan Rakyat di Sabah gagah dan yakin mereka bakal menghantar wakil yang mantap ke Dewan Rakyat.


Sementara itu, calon PKR, Ansari Abdullah berkata, isu utama di Batu Sapi adalah perjuangan membela nasib 60 peratus pengundi Islam yang terpinggir, daif dan dinafikan hak mereka selama ini.

"Isu keselamatan juga terabai di sini dan mereka menjadi tidak selamat dengan kadar jenayah tertinggi di Sandakan," kata beliau.

Ansari juga berkata, gangguan bekalan air dan elektrik berlaku setiap hari di sini.

"Pihak berkuasa tempatan gagal melaksanakan tanggungjawap. Jalanraya amat teruk dan dianggap terburuk di Malaysia," dakwa beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.