Jumaat, 29 Oktober 2010

MAS lantik Naib Presiden Eksekutif Komunikasi baru

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melantik Raja Zamilia Raja Datuk Seri Mansur sebagai naib presiden eksekutif komunikasi yang baharu, berkuat kuasa 1 November depan.

"Beliau mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam bidang komunikasi dan peranannya ialah menguruskan perhubungan awam, pengiklanan dan promosi di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Raja Zamilia pernah bekerja dengan Kuwait Finance House di Malaysia untuk melaksanakan rancangan peluasan bagi Bank Islam asing pertama negara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.