OLEH: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH.
GUA MUSANG, 29 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan, DAP memang mahu memadamkan sejarah dan sikap itu terserlah apabila parti tersebut membantah langkah kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Megat Junid, berkata, DAP tidak mahu generasi muda Malaysia menyedari bahawa Negara ini dilahirkan melalui proses penyatuan rakyat majmuknya.
“DAP hanya berpolitik dengan membakar sentiment perkauman, khuatir apabila masyarakat muda sedar betapa pentingnya perpaduan bagi mengekalkan apa yang diasaskan oleh masyarakat terdahulu menubuhkan Malaysia”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online bagi mengulas langkah DAP yang menentang subjek sejarah wajib lulus dalam SPM pada tahun 2013.
Tegas beliau lagi DAP yang selama ini membelitkan fakta, akan hilang sokongan kerana masyarakat muda akan tahun bahawa DAP tidak pernah memperjuangkan kemerdekaan dan hak-hak kaum Cina.
“Hakikatnya, DAP sedar pentingnya perpaduan dan penyatuan akan diperolehi melalui mata pelajaran sejarah.
“Sehubungan itu, DAP berhasrat terus membutakan rakyat dari hakikat sebenar bahawa yang memperjuangkan rakyat dan kaum Cina selama ini adlah MCA dan bukannya Lim Kit Siang,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
Dalam perkembangan yang sama, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana usaha menentang dan menafikan usaha menulis semula sejarah kemerdekaan negara semakin hebat dilakukan khususnya pembangkang terutama DAP.
“Kini mereka giat menafikan peranan pejuang kemerdekaan kita dan gambarkan yang mereka berikan seolah-olah pemimpin haluan kiri, puak sosialis dan puak komunislah yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair.
Bangkangan terhadap mewajibkan mata pelajaran sejarah peringkat SPM jelas membuktikan kebiadapan DAP dan turut mengambarkan kerisauan DAP terhadap masa depan anak muda yang celik sejarah.
Ini pasti tidak menguntungkan mereka, sehubungan dengan itu Pemuda akan tetap berditi teguh dan akan mempertahankan keputusan Kementerian Pelajaran,” ujarnya ketika dihubungi.
Pandangan ini turut dikongsi EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fahariyah Nordin yang melihat langkah dan bantahan mereka ini memang tugas mereka sebagai pembangkang, selain mereka takut berhadapan dengan reality bahawa generasi muda akan mengetahui cerita sebenar yang mana selama ini sering dimanipulasikan oleh DAP