Peneroka tanah diusir untuk kasi kroni PAS dan taukeh Cina luar
Ah Ching hidup mewah dengan kenderaan Toyota
Galas untuk BN sini menerangkan bahawa kawasan di Gua Musang diteroka dan dibuka oleh orang-orang luar. Mereka membuka hutan, membina penempatan, menyediakan prasana asas, dan menjalankan kegiatan cucuk tanam atau buka ladang.
Semua ini dilakukan tanpa geran. Kuasa mengeluarkan geran dan mengesahkan hakmilik tanah terletak apda kerajaan PAS negeri. Maka berlaku penganiayaan dan ketidakadilan atas nama kepartiaan taksub ala PAS.
Selalunya yang berlaku, peneroka tanah di Gua Musang meneroka hutan, lalu membina penempatan dan bercucuk tanam secara haram.
Sebaik saja mereka sudah bertapak, mereka akan memohon untuk penempatan sementara. Jika diluluskan kerajaan negeri, peneroaka akan dapat geran TOL (Temporary Occupancy Land) atau Tanah Penempatan Sementara.
Urusan tanah adalah kuasa muktamad kerajaan negeri. Ini bermakna jika pihak kerajaan negeri menyalahguna kuasa, tiada apa yang boleh rakyat marhaen lakukan.
Dalam Pakatan Rakyat dan khususnya PAS menjenamakan diri mereka sebagai pembela rakyat marhaen dan tertindas kononnya, perkara lain yang terdedah di Kelantan.
Blog Galas untuk BN mendedahkan rakyat di tindas oleh penyalahgunaan kuasa yang begitu zalim dan tidak berhati perut oleh Tok Lebai PAS yang kononnya tahu hukum hakam Allah.
Dalam pendedahan mengenai kawasan-kawasan Sungai Lakit dan Sungai Bayu sini, kerajaan negeri telah menolak permohonan peneroka-peneroka yang bukan ahli PAS atau hanya rakyat biasa tanpa parti.
Sebaik saja permohonan tanah itu ditolak, akan ada aktivis-aktivis PAS yang masuk memohon dan diluluskan. Dengan demikian mereka yang telah membanting tulang dan mengeluar modal meneroka dan membuka tanah, tidak didapat apa=apa tetapi aktivis PAS pula yang dapat tanah yang tersedia untuk diduduk.
Kisah di sini pula adalah menegnai 10 keluarga yang dihalau keluar dari tanah yang ditolak permohonan. Sebaliknya tanah ini diberikan kepada Ah Ching untuk menjalankan ladang sayur.
Keluarga ini hidup dalam keadaan yang begitu daif sekali. Lihat gambar berikut:
Ramli hashim hidup daif untuk PAS mewahkan Ah Ching
Kesepuloh-puluh keluarga ini opernah mengadu nasib mereka kepada arwah YB Che Hashim. Malang untuk mereka kerana tidak tahu bahawa arwahnya harapkan pagar, pagar makan padi. Baca pula kisah pendedahan mengenai arwah bekas ADUN Galas di sini dan sini.
Siapa dapat masyukkk dari Ah Ching? Pastinya bukan Ramli Hashim.