Sabtu, 16 Oktober 2010

RAMAI AKAN TARIK DIRI DALAM PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI PKR

Pagi ini berita yang diterima daripada Syed Hussin Ali melalui twitter menyatakan ramai calon akan tarik diri dan tentu ada yang memeranjatkan.

""  Hari penerimaan calon Pemilihan Pimpinan Pusat KEADILAN 252 dicalonkan utk pelbagai jawatan. Ramai akan tarik diri. Tentu ada memeranjatkan"

Apakah maksud yang tersirat dalam kenyataan ini, adakah Syed Hussin sudah nampak bahawa kapal PKR bakal karam di Laut China Selatan?

Sama-sama kita nantikan. Sebelum ini Jawatan Kuasa Pemilihan telah menerima pencalonan Nurul Izzah setelah satu teknikal erata dimainkan oleh Saifudin Nasasoon.

Pemilihan peringkat cabang selesai pada 2 Oktober 2010. Nurul Izzah disahkan hanya mendapat 1 pencalonan dari Keningau Sabah dan tidak layak bertanding, tiba-tiba 12 hari selepas selesai semua pemilihan Saifudin Nasasoon berkata Nurul layak bertanding kerana mendapat pencalonan dari Sempurna Sabah.

Atas alasan maklumat dan laporan lambat tiba di Pusat. Satu alasan pembohongan kerana dizaman teknologi, email, twitter, facebook dan macam-macam lagi Saifudin boleh mengkelentong rakyat.