Khamis, 21 Oktober 2010

Saman

Baru baru ini TM ke pejabat JPJ untuk memperbaharu cukai pada dua buah motosikal.

Pegawai yang bertugas memaklumkan bahhawa nama TM diblok daripada membaharui cukai jalan untuk satu tahun dan dibenarkan untuk 6 bulan sahaja.

Ini sah saman ekor tetapi tak ada surat pun yang diterima. Bila ditanya bila kena saman , beliau memaklumkan yang kena saman ialah kereta, melebihi had laju dalam kawasan bandar.

Huh! Dasyatnya, ini sah dalam kawasan had laju 60km/j. Ingatkan kena saman dilebuhraya masa pecut melebihi 110km/j.

Terbang lagi duit untuk bayar saman tetapi tak apalah sesekali kena. Rakan saya ada 8, ada 20 dan ada 30 lagi lah jenuh nak kerobek duit, jangan sampai hutang along sudahlah.

TM harap bank tempatan, gunalah peluang ini untuk memberi pinjaman kepada mereka yang banyak tikit saman. Ini satu peluang yang baik untuk institusi kewangan.

Bagaimanapun urusan pinjaman jangan lah terlalu cerewet, bank kena tiru bagaimana mudahnya proses meluluskan pinjaman yang dibuat oleh Citybank, Hong Leong Bank dan beberapa lagi.

Ini kisah sahabat yang nombor keretanya AEX 8**5 kena saman 3 kali dalam tempoh setengah jam kerana kesalahan parking di Pesta Pulau Pinang akhir tahun lepas. Memang pelik bagaimana berlaku. Letak satu surat saman sudah memadai.

Hari ini TM akan ke KL. Harap-harap tak kena saman lah. Rasa nak pecut 220km/j. Tu pun bergantung kepada cuaca dan keadaan lalulintas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.