Anwar mula sakit hati dengan kejayaan 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.
Anwar dengan mudah mengaiitkan jutawan muda yang berjaya di luar negara dengan 1MDB. Anwar serkap jarang , samalah halnya dengan isu mengaitkan 1Malaysia dengan APCO dan APCO yang berurusan dengan Bukit Aman.
Anwar sebenarnya mengidamkan 1MDB. Jika dia berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6, 1MDB akan dipengerusikan oleh anak beranak nya sepertimana yang dilakukan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu.
Apa tidaknya secara tiba-tiba ayahnya menjadi jutawan segera kerana dilantik oleh Anwar menjadi pengerusi berpuluh-puluh syarikat. Ini belum masuk dengan anjing peliharaannya yang lari ke Australia dan Indonesia yang menjadi pengerusi kepada lebih kurang 50 syarikat yang dikuasai oleh Anwar melalui pintu belakang.
Walaupun nama nya tidak ada dalam senarai lembaga pengarah tetapi tangan jahatnya lah yang mengatur dan merancang strategi sehingga 10 keturunan Anwar pun hartanya tak habis dimakan.
Berikut ialah kenyataan Anwar Al-Dengki Khianat dalam Malaysiakini
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kerajaan mengambil risiko besar dengan melantik syarikat baru 1Malaysia Pembangunan Berhad (1MDB) sebagai pemaju hub bernilai muti-bilion ringgit, kata Ktua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan perbahasannya mengenai Bajet 2011 di Dewan Rakyat, Anwar berkata IMDB baru berusia tidak sampai setahun dan tidak mempunyai rekod prestasi untuk membuktikan ia mampu mengendalikan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur yang dianggarkan membabitkan kos RM26 bilion.
Anwar mengingatkan Dewan Rakyat bahawa syarikat berkenaan berkaitan dengan jutawan Low Taek jho, yang lebih dikenali sebagai jho Low, menakala latar belakang syarikat itu juga meragukan.
"Saya tidak cemburu Jho Low menghabiskan masa dengan Paris Hilton, tetapi hakikatnya, selepas menyemak dengan Suruhanjaya Syarikat, 1MDB tidak mempunyai alamat perniagaan dan tidak ada juruaudit dilantik," katanya.
Anwar berkata, turut meragukan ialah ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut hanya hanya melaporkan pada Okt 12, bahawa mereka membuat keuntungan RM425 juta, hanya beberapa hari sebelum bajet dibentang.
Oleh itu, beliau mempertikaikan bBagaimana kerajaan boleh meluluskan syarikat berkenaan mengendalikan projek berkepentingan nasional seperti itu.