Isnin, 18 Oktober 2010

APA ITU KITOL DAN APA ITU KJ --- JAWAPANNYA AKAN DIKETAHUI PAU PEMUDA

GEMPAR! KITOL DAH BAYAR PERWAKILAN UNTUK PAKSA PM LANTIK DIA JADI MENTERI!


Ini adalah twwet yang telah dilihat dari minggu lepas lagi, Tuan punya twitter ini dipanggil Sultan Melaka! Mengikut tweet beliau si Kitol dah bayar perwakilan Pemuda supaya mendesak PM melantik Kitol sebagai Menteri.

Malah memang sudah ada desas-desus sejak kebelakangan ini, si Kitol sedang mencuba habis-habisan supaya dia dilantik sebagai Menteri penuh selepas Perhimpunan Agung UMNO. Sebab dia sudah dapat hidu akan ada beberapa perubahan dalam kabinet selepas PAU ni!

Kalau korang perasan, dalam twitter Kitol sejak kebelakangan ini, semua balaci-balaci upahan Kitol Khairy ini dah mula mengampu Kitol tahap gaban punya, apa saja Kitol buat mereka sesama sendiri akan mengatakan Tahniah YB sebab buat kerja itu dan ini.

Korang nak tau kerja apa yang mereka tahniahkan itu? Mereka tahniahkan si Kitol kerana dia pergi dalam majlis amal yang dianjurkan orang lain dan dia cuma jadi kera sumbang yang menyampaikan hadiah je...gila tak mereka ni?

Lepas tu pulak semalam Kitol keluar dalam Mingguan Malaysia dan dengan bangganya dia mengatakan Pemuda UMNO buat kerja! Kerja? Kerja sapsa Kitol? Memang benar la ada beberapa Pemuda buat kerja, aku tak nafikan benda tu, tapi apa yang kau buat Kitol?

Benda yang patut kau pertahankan kau buat donno je! Benda yang tak sepatutnya kau bukak mulut kau cuba jadi hero (hal Perkasa dan Kitol Pertahan MCA) Hancuss Pemuda UMNO kerana kau KITOL!

Mana kau Kitol bilamana nama Allah dipermainkan oleh Pakatan Haram? Mana kau Kitol dalam kes Namewee? Cerita banyak pun tak guna la pasal Pengkhianat ni, kalau korang sudi bacalah semua artikel yang pernah disiarkan di blog ini.

Klik SINI dan SINI

Come on la Pemuda UMNO! Jangan buat-buat lupa apa yang telah si Kitol ni buat kepada UMNO dan negara! Kita tunggu dan lihat je perwakilan mana yang akan memaksa PM supaya lantik Kitol jadi Menteri! Tak cukupkah kemusnahan yang telah dibawa oleh si Pengkhianat ini? Kalau nak berubah dan nak melakukan transformasi maka nyahkan si Kitol dari parti UMNO supaya parti ini boleh menjadi Keramat semula!

Kalau tunggu dan lihat perwakilan mana yang akan bersuara! Tak lama 2-3 hari je lagi ok..klik sini Satu Melayu pun ada tulis pasal isu ini