Isnin, 18 Oktober 2010

KPDNKK lancar kempen JOM TULEN [ MENARIK UNTUK DIULAS]

2010/10/18

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan kempen banteras cetak rompak "JOM TULEN" di Semenanjung Malaysia bermula 12 hingga 29 Oktober ini.

KPDNKK, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan program jelajah itu akan diadakan di sekolah rendah terpilih di setiap negeri untuk meningkatkan kesedaran berkaitan barang tiruan dan cetak rompak.

Aktiviti seperti ceramah dan kuiz juga diadakan untuk mendidik pelajar sekolah mengenai keburukan dan bahaya menggunakan barang tiruan serta cetak rompak khususnya peralatan dan alat tulis yang dijual kepada pelajar sekolah.

"Sekolah yang terpilih dalam aktiviti ini dapat menimba pengetahuan berkaitan cetak rompak dan barang tiruan dalam cara yang paling interaktif dari program tersebut," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

NOTA KAKI
KPDNKK perlu merancang pelan bersepadu seperti di zaman sebelum Shahrir Samad menjadi menteri kementerian ini. Apa yang dibuat dahulu sudah cukup cantik dan cukup baik. Kementerian menyerbu, merampas dan mendakwa taico yang terlibat dalam percetakan.

Selepas Shahrir Samad mengambil alih kementerian pendekatannya berlainan, tak boleh lagi serbu dan merampas, malah beliau pernah mengarahkan supaya barang yang dirampas dipulangkan kembali kepada pemiliknya dan pemilik terus menjual produk tanpa ada sekatan dan tanpa ada gangguan.

Shahrir Samad adalah menteri yang paling baik kerana bersekutu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tidak hairanlah jika Ronnie Liu boleh mengarahkan supaya arak yang dirampas dipulangkan semula kepada pemiliknya. Mereka berani kerana mereka sudah berjaya sebelum ini.