TANYA DEPA- SAYA TAK TAU. |
PASik yang serba tak ketahuan untuk mencari sumber kewangan dengan mudah menyalahkan BN berhutang hampir RM 2 Billion daripada Kerajaan Persekutuan (FG)
Kerajaan BN yang lalu berhutang dengan FG adalah satu prosedur biasa untuk projek pembangunan, bukan untuk kempen politik atau untuk mengangkat saham pemimpin politik seperti yang dilakukan oleh Pas Kedah, Pas Kelantan, Penang dan Selangor.
Kes pinjaman FG sama juga dengan kes wakil rakyat Pas, Dap dan Pkr yang baru bergelar MP atau Adun awal-awal lagi dah berangan nak buat pinjaman perumahan, baru angkat sumpah dah mengadap arkitek suruh lukis pelan nak buat banglo RM 400 ribu.
So, bila YB Dato Seri Mahdzir Khalid buat pinjaman RM 2 Billion untuk projek pembangunan Kedah Maju 2010 itu adalah normal.
Pas sengaja mencari alasan untuk memburukkan BN sebagai alasan untuk menghalalkan kenaikan tarif air yang bermula 1 Oktober 2010.
Inilah kerja durjana dari kaum khawarij PASsik yang sentiasa betul dan orang lain semua salah. Layaklah Pas dilabelkan juga sebagai sesat dan menyesatkan tahap dajal mata satu .
Ini belum lagi masuk isu jalanraya, kebajikan dan lain-lain frasarana kerajaan negeri. Kemungkinan Pas akan menyalahkan kerajaan BN bila jalan rosak, perparitan tersumbat, perumahan rakyat rosak kerana faktor usia dan sebagainya.
Contoh ketara ialah seperti isu rumah pangsa di Selangor, Sivarasa Rasiah dengan mudah menyalahkan kerajaan BN yang gagal menyelenggara dan menyelia rumah pangsa tersebut. Inilah bingai tahap kartun puak-puak PR yang memperbodohkan rakyat.
Azizan dan Sivarasa bukan tak tahu bahawa segala-galanya masalah dalam negeri adalah tanggungan mereka untuk menyelesaikannya tetapi saja nak buat riuh untuk dijadi modal dalam PRK N45 Galas.
Inilah standard politik Pakatan Rakyat di Kedah , Selangor dan Penang. Dalam ceramah dan lidah hARAKah bukan main hebat menyatakan negeri yang ditadbir mereka berjaya menarik FDI berbilion ringgit, tetapi isu pinjaman FG RM 2 Bilion pun tak mampu nak bayar mengikut jadual. Senang cakap kalau tak mampu menguruskan kewangan dengan baik eloklah serah pentadbiran kepada kerajaan BN.
Menteri Besar serba tak tau sebenarnya cuba menarik perhatian khalayak mengenai keresahan pengundi Galas yang tidak sabar untuk menumbangkan kerajaan PAS dan akan menjadikan isu RM 2 Billion untuk menutup kelemahan Pas Khawarij yang tak reti mengurus kerajaan.