Ahad, 3 Oktober 2010

TEKTIK KOTOR PAS AKAN DIGUNAKAN SECARA TOTAL DI GALAS

Pas sinonim dengan rusuhan dan demontrasi
"Pas awal-awal lagi cuba memperdaya Umno supaya jangan bertanding demi melihat perpaduan Melayu. Oleh itu Umno perlu memberi kemenangan percuma kepada Pas." itu kata Dato Takiyuddin.

Kata Dato Ibrahim Ali pula " Jika Pas ikhlas soal perpaduan Pas patut memberi peluang dan ruang kepada Umno untuk bertanding dan Pas menarik diri. Ini kerana Pas sudah selesa dan memenangi 2/3 kerusi DUN , ini termasuklah kemenangan di Manik Urai"

Seandainya Pas mendengar nasihat YB Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa dan MP Pasir Mas, kita ingin melihat pula sejauh manakah keikhlasan mereka boleh dipercayai.

Pas terkenal dengan tipu muslihat dan tektik kotor mereka dalam setiap pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil.

Sebagai contoh, Pas akan berusaha menghalang pengundi yang pro Umno daripada keluar mengundi dengan mengugut, menyekat dan merampas kad pengenalan pemilih yang pro BN.

Jalan-jalan kampung akan disekat, jambatan akan dirosakkan dan kemalangan jalanraya akan direka cipta oleh Pas sebagai usaha menghalang keluar masuk jentera pilihanraya Umno untuk membawa pengundi-pengundi keluar membuat pemilihan.

Pas juga sengaja mencetuskan huru raya untuk menakutkan pengundi. Di Permatang Pasir Pas dengan sengaja mengupah kenderaan mereka untuk menyesakkan laluan-lauan untuk ke pusat pembuangan undi.

Umno perlu bijak dalam mengatasi masalah ini. Kenderaan seperti motosikal perlu digunakan bagi menggantikan kereta, van dan bas.

Pemuda Umno juga hendaklah siap siaga dalam segala kemungkinan keganasan yang bakal dicetuskan oleh pembangkang seperti yang berlaku dibeberapa tempat sebelum ini.

Pelakon-pelakon handalan Pas akan mula memainkan isu mereka dipukul dan dicederakan oleh Umno seperti di N31 Bagan Pinang tahun lepas.