Ahad, 3 Oktober 2010

JIKA PAS IKHLAS DALAM ISU PERPADUAN, BERIKAN RUANG KEPADA UMNO

Presiden Perkasa menyampaikan ucapan

Presiden menyampaikan sijil keahlian Perkasa

AJK Perkasa bersama OBJ dan Presiden Kelab Veteran Umno Taiping
TAIPING 3 September-- "Jika Pas benar-benar ikhlas tentang soal perpaduan, Pas perlu memberi ruang kepada Umno untuk menang percuma dalam PRK N45 Galas. Pas tak perlu bertanding, jika ada calon bebas, Pas perlu menyokong BN dalam pilihanraya kecil tersebut, ini sebagai mengulas kenyataan Exco Pas Kelantan (Takiyuddin) yang melarang Umno bertanding demi perpaduan Melayu"


Pas mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, atas nama perpaduan orang Melayu.

"Ini kerana Pas sudah mempunyai 2/3 kerusi DUN dan jika BN menang sekali pun ia tidak memberi apa-apa makna atau perubahan kepada senario politik Kelantan, oleh itu demi perpaduan Melayu Nik Aziz perlu menasihatkan Pas supaya tidak bertanding."

" Sebelum ini Pas berjaya mempertahankan kerusi Manik Urai dengan majoriti 65 undi dan sampai sekarang Pas gagal membawa sebarang kemajuan kepada Manik Urai"

" Kini setelah 20 tahun memerintah, rakyat Kelantan mula terasa amat gelisah, Pas gagal menangani pelbagai masalah dalam negeri Kelantan.

Antaranya ialah krisis air yang semakin meruncing, isu pekerjaan yang menyebabkan anak Kelantan terpaksa berjirah keluar , Pas juga gagal membawa masuk pelaburan asing atau pelabur tempatan untuk mengembangkan ekonomi Kelantan. Mujurlah Kerajaan Persekutuan banyak membawa masuk pembangunan kepada negeri ini, tanpa kerajaan BN ekonomi Kelantan mati."

"Setakat hari ini, Pas hanya berjaya membawa masuk Tesco dan juga projek raksasa mereka iaitu Projek Ceramah Perdana yang tidak pernah henti sejak 20 tahun lalu."


" Pas Kelantan sebenarnya bijak menutup masalah-masalah dalaman dengan membawa isu nasional seperti royalti minyak untuk menutup isu air yang tak pernah berkesudahan. Isu-isu nasional yang selalu dimainkan oleh Pas Pusat telah berjaya menutup segala kelemahan, krisis dalaman kepimpinan Pas Kelantan".

Demikianlah kenyataan Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali dalam sidang media di Taiping dalam majlis perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri Perkasa Daerah Taiping hari ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah  Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama Y.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd. Isa b. Dato' Seri Haji Wan Ahmad dan juga Dato Khalid Nasir bekas Adun Kamunting dan juga Presiden Kelab Veteran Umno Taiping.

Berikut ialah kenyataan Pas Kelantan dalam isu PRK N45 Galas.

Takiyuddin cadang UMNO tidak letak calon demi perpaduan Melayu!

Pas mencadangkan supaya UMNO tidak meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, atas nama perpaduan orang Melayu.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, UMNO seharusnya menjadikan pilihan raya kecil DUN Galas untuk membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu sebagaimana didakwa sebelum ini.

"Kalau nak betul-betul hasrat perpaduan, apa salahnya untuk pilihan raya kecil ini (UMNO tidak bertanding), untuk pilihan raya umum kita bincang semula, ini untuk menunjukkan keikhlasan dan 'solidariti' (perpaduan) antara dua parti Melayu ni, (UMNO) sepatutnya kompromi bagi kepada Pas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persiapan Pas menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas selepas kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima semalam.

Takiyuddin yang juga Exco kerajaan negeri, bagaimanapun menafikan cadangannya itu membuktikan kelemahan Pas walaupun mengakui persaingan untuk mendapatkan kerusi DUN berkenaan sengit dan kedua-dua pihak berpeluang untuk memenangi kerusi tersebut.

"Cadangan ini bukan bermakna kita lemah, kalau perlu lawan kita lawan, lagipun ini kerusi Pas, tetapi jika tidak berlawan alangkah baiknya," katanya.