Khamis, 25 November 2010

TM MENCABAR DPPNK UNTUK BERDEBAT

Alahai!!!  Kesian tengok Dr Raja Ahmad Al-Hiss  nak mencabar sana sini. Sabar lah Dr ooiii. PRU 13 nanti sah Ahmad Awang akan calonkan tuan doktor untuk bertanding sebagai wakil rakyat. Saham sudah naik. Elok juga tu, makin dekat dengan PRU 13  kena lah rajin buat isu, tunjuk muka kerap dalam Harakah. Baru lah Pok Nik dan Hadi Awang nampak.

Sekarang ini kalau TM tanya kenal kah dengan nama tuan, ramai yang berkata " tak kenal dan tak tahu" So kena kerja kuat lah sikit bro.

TM harap Dr Raja Ahmad kena bunuh karektor Pas yang lain untuk melonjak naik nama sendiri. Pertama yang tuan kena matikan ialah Dato Seri Nijar Jamaludin kerana Nizar juga banyak melakukan perkara-perkara pelik yang dilarang dalam Islam. Antaranya ialah sama-sama mogok lapar dengan kapir harbi Dap. Menyalakan lilin dalam ucapara mengingati kematian Teoh Beng Hock. Nizar juga telah menghadiah babi panggang kepada Dap Taman SSPK .

Lain-lain perkara ialah Nijar telah berkelakuan biadap dengan Sultan Perak dan mengengkari segala arahan dan titah baginda, Selain dari itu Nizar juga kerap hadir dan makan direstoran cina yang tak halal. Ini kerap berlaku di Parlimen Bukit Gantang. ramai penduduk Bukit Gantang yang tidak bersetuju dengan cara Nizar hadir dalam jamuan di restoran  sekitar Simpang, Taiping dan Matang.

Selain itu Raja juga perlu membunuh karektor Ahmad Awang sendir yang tidak bertanding dalam PRU kerana namanya black list oleh Bank. Apa punca Raja kena cari sendiri, TM dengar tetapi tak mahu lah sebut disini kerana berita tersebut tak sahih.

Wah dua dah watak Pas yang Raja boleh bunuh. Nak lagi?

Ada lagi sorang wakil rakyat Pas yang suka buat fitnah, iaitu Adun Pas di Selinsing, kerja dia mudah, masuk kampung, naik rumah orang dan ambil gambar, esok masukkan dalam blog dan juga akhbar Sinar. Kerjanya mudah fitnahkan orang lain kononnya tidak mendapat pembelan kerajaan Dr Zambry. nak tahu sila rujuk artikel lama-lama dari blog ini.

Sorang lagi watak Pas yang Raja boleh bunuh ialah Idham Lim, bekas guru sekolah yang bongkak dan cakap ikut sedap mulut dia juga sedang berkrisis dengan Mujaddid Yusuf Rawa , dulu sama pejabat sekarang dah tidak lagi. Dr bolehlah jadi batu api dan lagakan lagi mereka berdua. Satu lagi Yusuf Rawa tak mahu lagi Idham Lim berada di Kerian, jika nak bertanding depa nak tendang dia ke Grik, tu pun kalau nama dia ada dalam senarai. dengan khabar angin-angin dia akan di matikan sebagai mana Pas membunuh Ustaz Kamaruddin Basir di Larut.

Lagi ? Sorang lagi Ustaz Ramle Tusin yang telah mendedahkan kepada Umno bahawa sesiapa yang meninggalkan maka jatuh talak 3 terhadap isterinya, Isu ini menjadi panas sewaktu bai'ah Pas didedahkan oleh Dr Hassan Ali di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail.

Wah kalau rajin berusaha Dr ini boleh lah ganti tempat Nizar sebab Nizar tarafnya lebih rendah sebab tak ada Dr.  Selamat berjuang Dr....teruskan agenda kamu , apa pun boleh janji top...

Satu lagi...kalau nak jumpa Dr Zamry silakan anytime boleh jumpa. tetapi jangan jadi bacul macam Nik Aziz , Nik Aziz bawa bala tentera pecacai angkat najis lebih dari 20 orang untuk menyerang Ustaz Muhd Nor Idris di Galas.

TM cadangkan tuan doktor bawalah seorang dua rakan untuk berjumpa dengan Menteri Besar. Tak payah nak heboh-heboh , nampak sangat kemaruk publisiti...tengok lah TM tulis apa di atas. "Aku menulis bukan kerana nama"



Dr Senyum boleh lentoq anak dara.


IPOH, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.






Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ingin menarik perhatian Zambry berhubung kenyataan meminta pendirian mereka berikutan dakwaan terhadap perbuatan menteri besar itu yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.





Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.


“Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut,” ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini.


Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian.


Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).


Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.


Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri.


Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam.



-Harakahdaily-