Ahad, 28 November 2010

ANTARA KERETA DAN MOTOR , MENARA WARISAN DAN RUMAH RAKYAT

Satu hari TM menyertai satu konvoi bermotosikal dan singgah di sebuah RR lebuh raya PLUS arah Selatan. Semua motor disusun dengan tertib dan menjadi perhatian orang ramai yang singgah untuk berehat.

Tiba-tiba seorang lelaki cina dalam usia 50an, selepas membelek semua motosikal dengan penuh minat, akhirnya  dia bertanya salah seorang pemilik  Goldwing 1500cc LE  edisi terhad. " Ini moto belapa halaga?"  Jawab tuan punya motor "seratus ribu lebih."  Nak tau apa kata cina tu.

" Haiya itu itu macam ka, beli keleta  lagi bagut, hujan tak kena , panas pun tak kena, duduk dalam keleta lagi syok ada aircond ada ladio"  

So apa lagi nak jawab kepada Apek tu....lantak lahhh sebab dia tak tahu bahawa tuan punya motor tu pun ada dua tiga biji kereta besar-besar. maklumlah seorang kontraktor yang kaya. lori berpuluh biji.

Cuma sayang satu, dia (bikerz) ialah seorang penyokong pembangkang. sekejap tempek gambar Nik Aziz pada motor dan sekejap tempek logo PKR, walaupun dalam dompetnya ada kad keahlian Umno. Pelik kan? manusia macam tu. Lantak dia lah nak undi sapa nak sokong sapa.

(Peraturan bikers: Nak Joint group /club kena sangkut politik kat luar tapi ada yg degil juga)

Sekarang kita bawa cerita lain pula.

Cerita mengenai Menara Warisan yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad di atas tanah milik mereka yang dibeli dengan harga RM 350 juta.

PNB sudah cukup terkenal dan berjasa kepada rakyat Malaysia. Dia nak bangunkan bangunan 1km tinggi macam Al-Burj di Dubai pun dia punya hal lah.

Nak bina rumah, itu tugas jabatan dan kementerian lain.

Nik Aziz 20 tahun memerintah Kelantan berapa ratus ribu rumah rakyat yang dia buat?

Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya telah banyak membina rumah. PKNS pun sama beratus ribu rumah telah wujud dibumi Selangor. Datang Khalid Ibrahim berapa buah rumah rakyat dah dibangunkan oleh beliau?

So mengenai Kongres PKR supaya batalkan menara tersebut dan bina rumah rakyat tak payah kita layan. biarkan dia dengan kebodohan seperti apek dalam cerita lebih baik beli kereta daripada beli motor. 



 Menara 100 Tingkat Didakwa Projek Membazir


PETALING JAYA: Pembinaan menara 100 tingkat di bawah projek pembangunan Warisan Merdeka terus dikecam dalam perbahasan Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-7 di sini Ahad kerana didakwa sebagai projek membazir.

Perwakilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin mendakwa projek yang berharga RM5 bilion itu dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.

Semasa membahaskan usul ekonomi, beliau mendakwa wang sebanyak RM5 bilion itu sebaliknya boleh digunakan untuk membina 160,000 rumah mampu milik dan membantu sekurang-kurangnya hampir sejuta rakyat Malaysia.

Perwakilan Sabah, Gan Chee Chan pula mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang sewenang-wenangnya memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka yang bukan penduduk asal negeri itu.

Beliau mendakwa pihak-pihak yang berkenaan sewenang-wenangnya memberi kewarganegaraan untuk kepentingan politik sendiri. - BERNAMA