Sabtu, 27 November 2010

BERJAYA KURUSKAN ORANG TETAPI GAGAL DALAM FILEM

Dr Rozmey seorang jutawan produk kesihatan yang meneguasai Harian Metro setiap hari, telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya dalam dunia pembinan filem.

Hasilnya gagal. Baru-baru ini ada seorang blogger telah mencadangkan agar Dr Rozmey menjemput Pamela Anderson atau pun lagi cantik kalau jemput Paris Hilton untuk berlaku bersama beliau dalam filem akan datang.

Tambahan pula kalau ada adegan yang panas-panas seperti Pamela Anderson berkemban dengan kain batik atau Paris Hilton sedang menampi padi di sawah. Baru lah gempar sikit.

Tuan Doktor, Bukan senang nak buat filem. Skrip mesti power, Pengarah mesti kreatif, Krew mesti cekap, pelakon mestilah ternama dan hebat. M.Nasir yang hebat dalam dunia nyanyian pun kecundang dalam pembikinan filem, Raja Azmi orang Taiping , bekas pramugari Mas sebelum menjadi isteri kepada pemain badminton Jailani Sidik juga gagal dalam industri perfileman.

Bagaimanapun kegagalan pertama doktor, jangan putus asa dan jadikan kegagalan itu sebagai satu titik permulaan untuk lebih berjaya. Selamat mencuba.

Seterusnya marilah baca komen penonton yang telah menyaksikan filem tersebut.


Penonton Malu Mengaku Tonton Filem 2 Alam
Dr Rozmey Che Din
PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.
Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.
“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.
“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.
“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.
Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.
“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.
“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.
Barisan pelakon filem 2 Alam
Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.
“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.
“Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.
Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.
Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.
Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh pro