KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley. |
LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.
Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.
NOTA KAKI;
Sebelum ini Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dikatakan oleh pihak pembangkang memiliki Ijazah palsu. Bagaimanapun ia ternyata satu pembongan yang direka oleh PKR, DAP dan PAS. [ parti Islam palsu yang kuat menipu dan menfitnah].
Mengenai kes Fazley Yaakob, cerita ini telah lama didengar, sekarang apa yang perlu dilakukan oleh Fazley ialah membuktikan segala cerita adalah palsu. Andaikata beliau berdiam diri, maka terbuktilah bahawa beliau menipu. Sekarang masa untuk membuktikan siapa benar dan siapa salah.