Khamis, 4 November 2010

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang berpusat di Gua Musang dan kawasan Dun Galas adalah sumber yang penting kepada penduduk daerah tersebut. Kesedar diibaratkan nadi yang memberi nyawa dan kepada penduduk Gua Musang.

Dengan motto Memacu Selatan Ke Arah Kelantan Terbilang menjanjikan satu idea dan matlamat yang perlu disambut oleh pengundi Galas. Penduduk Galas juga kini selangkah maju dihadapan dalam ICT. Setiap kampung di sekitar bandar Gua Musang mendapat perkhidmatan WIFI percuma yang dibiayai oleh Kesedar.  TM amat kagum melihat menara Wifi berdiri tegak di Di Kpg Sungai Terah yang juga berada dalam projek Kesedar.

Kekalahan BN dalam PRU 12 yang lalu adalah kerana terdapat segelintir kakitangan dan peserta Kesedar yang belot dan menghasut penduduk supaya menyokong Pas. Mereka ini diibaratkan seperti lalat buah yang menjadi ancaman besar kepada petani. Lalat buah yang sentiasa mencari buah yang sihat dan segar untuk bertelur dan akibatnya buah rosak dan tidak boleh dimakan kerana berulat.

Adalah diharapkan dalam PRK hari ini tidak ada lagi lalat-lalat buah tersebut. TM yakin Abdul Aziz Yusoff mampun memberi perkhidamatan yang baik kepada penduduk Galas tambahan lagi beliau adalah penjawat awam di Kesedar. Sudah tentu segala masalah penduduk sudah ada dalam benak pemikiran beliau.

Sekian, Undilah BN  demi kebahagian dunia dan akhirat.

Perutusan Pengerusi

   
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t., kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat mewujudkan laman web rasmi KESEDAR yang telah dilancarkan pada bulan November 2001.

Terlebih dahulu saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman KESEDAR seterusnya mengucapkan selamat datang kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi laman web ini.

Teknologi Maklumat pada masa kini telah dan sedang berkembang dengan begitu pesat sekali. Perkembangan yang pesat ini mendesak setiap warga masyarakat mempunyai ilmu pengentahuan yang secukupnya sebagai tiket untuk menjadi masyarakat yang berdaya maju. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020 serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-economy), laman web ini diharap dapat dijadikan gerbang atau media penyaluran makluamt yang berguna kepada masyarakat khususnya kepada kumpulan sasar KESEDAR iaitu segenap lapisan penduduk Kelantan Selatan.

Justeru itu, adalah diharapkan laman web ini juga akan digunakan sebagai saluran untuk memberi maklumbalas atau teguran membina mengenai program-program pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kelantan Selatan.

Adalah menjadi harapan KESEDAR untuk terus berbudi kepada rakyat negeri Kelantan khususnya Wilayah Kelantan Selatan dan KESEDAR sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan ikhlas akan terus memberikan sumbangan sebaik mungkin untuk melaksanakan apa yang dirancang demi pembangunan bangsa, agama dan negara.

Salam hormat

DATO' RAMZI BIN AB. RAHMAN

Pengerusi KESEDAR