Sabtu, 6 November 2010

MB KEDAH YANG LUCU

Depa ni kacau aku laaa

Banjir? Saya mana tau, pi tanya pegawai banjir..
Semalam dalam akhbar online BERNAMA telah melaporkan bahawa MB Serba Tak Tau telah menyalah pembinaan Landasan berkembar Ipoh - Padang Besar sebagai punca negeri Jelapang Padi dilanda banjir besar.  Kalau MB Kedah nak menipu orang Kedah , ia masih releven dan logik lagi. Akan tetapi bagai mana  pula halnya di Thailand yang turut menghadapi banjir besar terburuk.

Semalam juga blog Perak Today dan  Antik Husin Lempoyang  menempelak MB Dr Azizan yang sengaja memberi alasan yang tidak boleh diterima akal.

Hairan macam mana beliau boleh mendapat PhD dan mengajar di universiti. Apa kah beliau membeli sijil kedoktoran atau beliau tumbuk rusuk untuk bergelar PhD.

Kalau nak berteori dan beretorik  Dr Azizan boleh kelentong cara lain. kalau tak tau TM nak bagi tips sikit.

Banjir besar kali ini adalah kerana beredaran bumi mengelilingi matahari sudah sampai ke penghujungnya, dan kerana tahun ini peredaran bumi akan tersasar dari orbitnya dan planet musytari dan planet alkedahi telah menghampiri bumi maka berlakulah tarikan graviti bumi yang dasyat terutama di kawasan negeri Kedah, kenaikan air adalah disebabkan air laut dan sungai telah mengundur kebelakang dan air naik ke atas oleh tarikan graviti planet-planet tersebut.

Baru lah ternganga mulut orang Kedah yang menyokong Pas.