Jumaat, 12 November 2010

Panas di Selangor

Surat sokongan: Ketua Wanita PKR Selangor pula kena pecat

Inilah bila sudah ada kuasa lain ceritanya.

Tidak lama dulu ahli DAP Tee Boon Hock dipecat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana didakwa keluar surat sokongan dapatkan projek…kali ini ahli MPK dari PKR pula, Hamidah Mat Som bakal dikenakan tindakan sama kerana didakwa keluar surat sokongan untuk perniagaan syarikat milik suaminya.

Keputusan untuk memecat Hamidah sudah dibuat oleh mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Kini surat pemecatan Hamidah telah disediakan dan masih menunggu untuk ditanda tangan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hal berkenaan diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu memberitahu Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Khamis.

Kes Hamidah yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mula bising bila Ketua Bahagian MCA Kapar Song Kee Chai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor terhadapnya.

Hamidah didakwa mengeluarkan sekurang-kurangnya empat surat sokongan bagi membantu syarikat milik suaminya mendapat beberapa kontrak dari MPK.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.