Selasa, 16 November 2010

PAS ABAIKAN FAKIR MISKIN


Nik Aziz tidak suka jadi bangsa Melayu. Nik Aziz amat berbangga kerna dapat membeli sebuah bangunan UMNO yang pernah dimiliki oleh Zaid Ibrahim namun apa yang nak dibanggakan sangat sedangkan masih ada rakyat Kelantan yang menetap di dalam reban ayam??

Pelik dengan sikap wali selipar yang tidak bangga dirinya menjadi bangsa Melayu . Adakah agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengajar kita membuang dan benci bangsa sendiri ?? Habis itu bangsa apa di dalam dunia ini wali selipar banggakan ??? Bangsa Yahudi ke?? Bukankah bangsa Yahudi laknat ini cukup bangga dengan bangsanya dan merekalah paling hebat di muka bumi ini .

Mungkin beliau suka jadi bangsa Siam kerana negeri Kelantan berjiran dengan Thailand . Tetapi lihatlah sendiri nasib umat Islam di Selatan Thai dengan umat Islam di Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu .

Nampaknya wali salipar seperti tidak percaya kepada pengenalan bangsa dan mempertikaikan semua ini . Beliau hanya percaya kepada agama dan mahu dikenali sebagai seorang Muslim , bukannya berbangsa Melayu . Wali Selipar masih lagi dangkal dan keliru hingga tidak dapat membezakan perbezaan antara agama dan bangsa.

Tak sangka sudah lebih 20 tahun menjadi menteri besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa menteri besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.

Patut lah ramai rakyat Kelatan miskin sehingga tinggal di dalam reban ayam tidak dipedulikan dek kerana MB nya tidak bangga dengan bangsa yang bernama Melayu . Kalau beginilah sikap sebenar Nik Aziz , patut lah beliau menolak perpaduan Melayu antara UMNO - PAS .

credit to : PB
posted/edited by : shasha