Isnin, 29 November 2010

PAS KELANTAN AJAK PENGIKUT MINUM MINYAK DAN MANDI MINYAK

Minyak!Minyak!Minyak!
Rakyat Kelantan dibawah tok guru kenalah mandi minyak dan minum minyak, barulah kira lengkap ilmu yang tok guru ajar. Di fahamkan setiap bulan tok guru akan mengajar dalam pekan Kota Bharu, pengikutnya melimpah ruah sampai ada yang duduk tepi tong sampah , tepi longkang, tepi jamban dan bermacam-macam tepi lagi. Kesian dengan penduduk ,  orang belajar ilmu dalam masjid , dalam surau dalam dewan kuliah , mereka belajar tepi longkang.

Kelantan Oil
Sampai sekarang mereka yang menuntut ilmu dari tok guru tak pernah tamat dan tak pernah khatam. Puncanya kerana ilmu tok guru curahkan bukan berdasarkan kitab-kitab agama tetapi berlandaskan isu-isu politik semasa . Bila nak habis!

Tok guru menjanjikan bahawa selesai dan tamat pengajian hanyalah apabila beliau tutup mata buat selama-lamanya barulah penduduk boleh khatam. Nak khatam kena mengadap Husam Masam sebab dia tahu bagaimana nak mandi minyak. Husam Masam telah menjumpai banyak telaga minyak dan gas pada akhir 2007 dan hari ini beliau kaya raya kerana berjaya mengeluarkan minyak dan gas.

Air! Air!Air!
Kata Husam Masam orang Kelantan tak payah guna air kerana air tak standard, elok kita guna minyak , mandi minyak, minum minyak, membasuhpun dengan minyak dan segala-galanya dengan minyak. Oleh itu persetankan dengan air. Biar air kering, biarkan air berkarat, biarkan air berkuman , biarkan air bertanah, biarkan, biarkan , biarkan.