Rabu, 3 November 2010

PAS MENGAKU MERASUAH PENGUNDI DI GALAS


Terkejut besar ini bila Pas melalui Harakah mengakui bahawa Nik Aziz sememangnya memberi rasuah kepada penduduk orang asli di Lojing semalam. Gambar Nik Aziz memberi rasuah telah dirakam oleh jurufoto terkenal iaitu Minaq Jinggo dalam kempen politik Pas di Lojing.

Pas terkantoi dan terkucil apabila banyak blog yang pro BN telah menyiarkan gambar tersebut , ia juga telah disiarkan dalam akhbar media perdana dan juga televisyen tempatan.

Bagi menghalalkan perbuatan tersebut Pas cuba berdalih dengan menyatakan perbuatan tersebut bukannya rasuah sebaliknya ada pemberian zakat kepada saudara baru.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mempertikai laporan yang mendakwa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi wang kepada masyarakat Orang Asal yang diislamkannya sebagai rasuah.

Inilah kebijaksanaan Pas yang boleh menukar fatwa apabila  tersepit, Harakah dijadikan kitab suci untuk membuat fatwa baru. Semalam diperingkat Pas Pusat telah mengeluarkan satu fatwa baru bahawa haram menerima bantuan kerajaan Barisan Nasional.

Dahulu Pas menghalalkan pengikutnya menerima bantuan kerajaan BN kerana alasan mereka ialah wang bantuan adalah wang kerajaan , wang kerajaan adalah hak rakyat dan bukan wang Umno. Fatwa ini ialah bagi menghalalkan pengikut Pas yang banyak menerima wang bantuan kerajaan BN.

Agaknya selepas ini Pas akan mengeluarkan fatwa baru iaitu haram makan gaji dengan kerajaan kerana wang kerajaan datang dari sumber yang haram. Kalau begitulah fatwa Pas , TM menyokong penuh kerana kita akan melihat ratusan ribu kakitangan kerajaan akan balik kampung tanam jagung kerana berhenti kerja. Selama ini merekalah yang mensabotaj program-program kerajaan.