Rabu, 3 November 2010

ADUN LENGGENG HAPRAK

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini diarahkan membela diri atas tiga dakwaan mendapatkan dan menerima rasuah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Ahmad Nasfy Yasin berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ADUN penggal pertama itu.

April lalu, Mahkamah Sesyen di sini telah membebaskan Mustafa, 51, daripada tuduhan tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan.

Beliau dituduh menerima rasuah sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan kepada seorang kontraktor M. Manimaran, 37, bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

NOTA KAKI:
Apa tunggu lagi, pecat saja dari Umno dan segerakan PRK baru. Umno perlu bersihkan daripada orang sebegini. Ada prima facie tu, pastinya akan dihukum penjara.  Seandainya terbukti tidak bersalah selepas pembelaan , beliau telah kelihatan tidak bersih dan perlu undur diri dengan penuh hormat.

Kes beliau disebut hari ini dan menjadi bahan politik kepada pembangkang, Harakah seolah-olah mendapat loteri apabila berita tersebut disiarkan dalam media hari ini.  Pas Pusat juga Yamseng besar kerana isu ini dan disiarkan besar-besaran oleh mereka.

Sayang seribu kali sayang Pas gagal membesarkan isu Anwar yang sentiasa melewat-lewatkan isu liwat. Kenapa ? Ini adalah kerana Pas adalah Setan Besar.