Rabu, 10 November 2010

PAS PUN SOKONG MAKAN BABI

daging babi bersama nasi
Isu anak Baginda PKR Sarawak terus menjadi bualan panas, sepanas kuah Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Isu panas membabitkan anak beliau yang dirotan oleh guru pada tapak tangan kerana membawa makanan yang mengandungi daging babi ke sekolah.

Guru yang merotan pun salah, MCA yang masuk campur kes ini pun salah, tak pasal-pasal masuk campur urusan orang, pasal apa.

Bagenda lagi haru biru, bukan sebab anak bawa daging babi tetapi haru biru kerana mengaku pernah tidur dengan Umi Hafilda iaitu kakak kepada Azmin Ali. Peliknya kenapa Azmin tak saman Bagenda kerana membuat kenyataan yang memalukan keluarga Azmin , bagaimana pula dengan Azwan Ali , sanggupkah nama kakaknya dicemari dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Bagenda.

Berbalik kepada Pas, apakah reaksi Pas terhadap isu Bagenda ini. Apakah Pas bersetuju anak Baginda membawa daging babi ke sekolah, apakah Pas akan mendiamkan diri, tak nak kutuk kaw-kaw ker? Wahai Pas!! Jika kau membisu dan tak mahu bagi komen apa-apa maka betullah kenyataan YB Zulkifli Nordin MP Bandar Baru Kulim bahawa Pas [Dr Zul] menyokong dan menggalakkan orang makan babi.

Ini sama juga dengan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin MP Bukit Gantang yang menghadiahkan babi kepada pengikutnya di market Taman SSPK Ipoh Perak dalam satu majlis agama kaum Cina tidak lama dahulu.