KEPADA SAUDARA KU DI GALAS ,SELAMAT MEMBUANG UNDI.
TIADA YANG DAPAT KU KATAKAN LAGI, HANYALAH PERINGATAN INI.
JANGANLAH KITA JUGA MUNAFIK SEPERTI PAS.
Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,
“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.
12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.
Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,
“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu."
“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima."
Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam?
Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.
Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,
“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…" wakaka, dari Sumber Alam.