Khamis, 25 November 2010
Puak-puak Pas yang baca blog ni cukup panas telinga
Tertarik dengan komen-komen orang Pas yang membela Nik Aziz dalam dua posting mengenai tok guru mereka di Mekah tahun ini. Hairan juga puak Pas yang melenting dan panas telinga atas bawah.
Ada yang mendoakan TM ditimpa bala. Tak hairan lah sebab tok guru pun pernah buat macam tu. Bagi Pas mereka sahaja yang betul, orang lain semua salah.
Pas boleh mengkritik dan menghina orang lain tetapi diri mereka tak boleh disentuh dan tak boleh dikritik. Pas mencelakakan orang cukup mudah, atas masjid, atas surau pun sanggup buat begitu apabila orang tidak mahu bersama Pas.
Pas mengaku mereka pendokong Islam tetapi perwatakan, percakapan dan tidakan mereka tidak sedikit pun bercirikan Islam. Apa lagi sekarang apabila berpeluk cium dengan kafir harbi demi kuasa untuk menjatuhkan sebuah kerajaan.
Seperkara lagi ialah puak-puak ini memilih entry yang mereka rasa boleh makan mereka akan jawab tetapi kalau artikel itu kena tepat batang hidung mereka, mereka lalu saja dan tak baca pun.
Maka benarlah kata Imam Al-Ghazali bahawa " Punca kerosakan akhlak rakyat dalam sebuah negara ialah kerana para pemimpin mereka telah rosak. Punca pemimpin mereka rosak ialah kerana para ulama mereka juga telah rosak"