Beliau seorang yang bijak, berbakat dan berkebolehan, wajahnya sering muncul di kaca tv, jika kita jarang menonton tv pun tak mengapa kerana wajah nya mudah dilihat pada kain rentang yang bertebaran di bumi Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Satu Malaysia tahu dan kenal dengan wajahnya terutama sewaktu Persidangan Agung Umno baru-baru ini. Banyak banner yang memaparkan wajahnya menyambut kehadiran ahli-ahli Umno dari seluruh pelusuk tanah air termasuk juga Sabah dan Sarawak.
Jika benar apa yang dikatakan oleh RBF eloklah buat harakiri saja, jika tidak sila nafikan segala tuduhan ini.
Kayanya Sohaimi Shahadan !
Apa yang diperkatakan dibawah ini bukan ditulis oleh saya, tetapi saya petik dari komen seorang pembaca yang dihantar ke blog Datuk Seri Noh OmarKomen 1
SELAR MARA? oklah itu hak YAB dato... Tetapi ada satu perkara lagi yang dato harus, mesti dan wajib selar. Dato harus menyelar Pegawai Khas Dato, Shohaimi Sahadan yang telah dijulang sebagai ketua pemuda Selayang yang baru...
mamat ni, telah menggunakan segala apa yang dia ada termasuk jawatan dia untuk mencapai mimpi dia menjadi ketua pemuda bahagian.
semasa berkempen, habis segala borang tekun, permit teksi dan bas dibawa ke hulur ke hilir untuk pancing undi dari perwakilan. selain daripada menjaja pangkat dan jawatan dia sebagai pegawai khas menteri, mamat ni telah menjadikan pemilihan kali ini sebagai yang terburuk dalam sejarah umno bahagian selayang.
mamat ini telah "melacurkan" sebahagian perwakilan dengan wang ringgit asalkan apa yang dihajatnya tercapai. pada hari pemilihan, dalam tandas dan parking kereta telah dijadikan oleh agen bapak bapak ayam dia untuk membeli undi. rm500 utk ketua cawangan, rm300 utk perwakilan.
itu belum lagi duit yang diberi pada satu perjumpaan sulit di hotel concorde pada 16 oktober. kira-kira 150 perwakilan pulang dari hotel berkenaan dengan siulan yang penuh kegembiraan bila mendapat sampul berisi wang rm100.
semenjak pemilihan peringkat cawangan pun banyak dia habiskan duit dia untuk beli percalonan sampai boleh mencecah rm2500 satu cawangan (cawangan kg org asli kuang, akhirnya dia kalah dalam pembelian kerana ada calon lain yang tawar lebih)!!!itu belum kira perjumpaan si restoran sekitar selayang, kuang dan rawang yang boleh dikatakan agak kerap dan setiap kali perjumpaan, paling kuran rm50 untuk satu perwakilan mesti diberikan.
banyaknya duit sohaimi sahadan si pegawai khas dato ni? mana dia cekau duit sebanyak tu? dijangkakan tak kurang setengah juta wang dia tabur untuk pastikan dia menang jawatan ketua pemuda...
kalau inilah pegawai khas dato, saya percaya kesan perangai buruknya akan terpalit kepada dato. cuba dato siasat mana dia ada duit yang sebanyak tu? orang umno akan cop dato juga amalkan budaya politik wang kerana apa yang diamalkan oleh pegawai khas dato ini mencerminkan sikap dato juga.
alangkah bagusnya kalau wang yang sebanyak itu pegawai khas dato ni taburkan ke badan-badan kebajikan? akhirnya nama dato juga yang naik...
inilah umno sekarang dato, kualiti kepimpinan serta perjuangan bukan lagi agenda... yang penting berapa banyak 'perjuWANGan' yang ada menjadi keutamaan. sampaikan salam tahniah saya pada pegawai khas dato dan terima kasih kerana makin merosakkan umno itu sendiri.
misi dan visi takkan ke mana dan tidak bermakna kerana apa yang tinggal hanyalah kubur umno yang awal-awal telah digali sendiri oleh orang-orang yang seperti sohaimi sahadan ini...
'Innalilahiwainahirajiun...'
Komen 2
saya terpanggil memberi komen setelah google nama Sohaimi Shahadan ni...justeru lebih mengenali beliau melebihi tukang komen sebelum ini.
lebih dari 7 tahun, lebih dari anggota keluarganya yang mengenali beliau. mungkin arwah ibunya lebih tahu siapa anaknya, itupun mungkin...
sepanjang mengenali beliau, amat jarang saya menerima kebaikan, malah mengutip keburukan sahajalah adanya...bukan saya tidak menghalang, tetapi dilemparkan juga oleh mamat bernama Sohaimi Shahadan ni...bercakap tentang bukti, bukti pihak pertama, bukan ketiga, keempat, kelima dan seterusnya...
dari guru, peniaga iklan, peniaga itu ini, begitu begini hinggalah peniaga hartanah, beliau masih mengekalkan tradisi berniaga apa sahaja, asalkan memperoleh untung...bagus orang cam ni....cumanya, halal haram tak payah la dihiraukan...
agak terkedu juga menerima hakikat bagaimana manusia sebegini rupa wajar diterima sebagai pembantu khas seorang menteri kabinet...apa kelayakan (bukan akademik) yang membolehkan manusia sebegini rupa membantu seorang menteri?..kalau kelayakan lulus maktab teknik tu boleh dijadikan ukuran, tahap tu je le bantuan yang boleh diberikan...
kepada pemuda selayang, bagus la ada pemimpin yang cukup "layak" jadi pemimpin ni. tahniah kerana anda layak dipanggil manusia yang tak pandai, tak bijak, dan segala yang tak baik .

Saya ulang sekali lagi, bukan saya yang tulis. Saya ambil apa yang disiarkan di blog Datuk Seri Noh Omar.
Kalau tak percaya sila klik di sini dan cari satu persatu di bahagian komen.
Harap-harap komen tersebut tidak hilang selepas ini.
Pengumuman dari rbf:
Khamis 18.11.2010 (hari kedua raya korban), bertempat di Shah Alam lebih kurang satu rombongan Umno Selayang (+-15orang) berjumpa rbf. Wanita ada, Puteri ada dan Pemuda pun ada. Macam-macam cerita yang saya dapat pasal mamat itu. Dalam bahagian Selayang, 99.9% orang tak suka kepada dia.
Saya akan dedahkan satu persatu apa maklumat yang saya dapat. Kisah kambing, kisah kain rentang, kisah nak jadi calon dan bermacam-macam cerita lagi.