Festival Puisi dan Lagu Rakyat akan berlangsung pada 1 Januari 2011 (1-1-11) di Hotel Sri Bayu, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Festival ini dianjurkan bersama oleh Kampung Karyawan, Pejabat Menteri Besar Perak, dan Institut Darul Ridzuan, dengan kerjasama PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Festival bermula pada jam 9.00 pagi Sabtu 1 Januari 2011 dengan acara perasmian oleh Dato' Zainol Fadzi Paharudin. Acara kemudian diikuti oleh pembentangan kertas kerja bertema
'Arah Tuju Bahasa dan Sastera Melayu di Era Globalisasi'. Ahli-ahli Panel terdiri daripada Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan dari GAPENA, Encik Aminudin Hashim iaitu Ketua Eksekutif Insititut Darul Ridzuan, Dato' Mohamed Nor Khalid (LAT), Dato' Baharuddin Zainal, Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) dan Prof Emeritus Dr. Budi Darma dari Universitas Surabaya Indonesia.
Acara Baca Puisi bermula jam 3 petang sehingga jam11 malam pada hari yang sama menampilkan penyair-penyair dari Malaysia, Rusia, Iran, Indonesia, Thailand, Singapura dan lain- lain. Majlis Baca Puisi pada malamnya dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Antara penyair yang terlibat ialah Khalid Salleh, Malim Ghozali PK, Zabidin Ismail, Pena Mutiara, Chai Loon Guan, Onn Abdullah, Ahmad Razali Yusuf, Marsli NO, Zaiton Ajmain, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman, S.M. Zakir, Raja Rajeswary, Inggit Putri Marga, Anwar Putra Bayu, Tarmizi Rumahitam (Indonesia), Suthep Khamheng, Zakariya Amataya (Thailand), Norhasnah Adam (Singapura), Victor Pogadev (Rusia) dan lain-lain. Turut membacakan puisi ialah YAB Menteri Besar Perak Dato Dr. Zambry Abdul Kadir, Dato' Zainol Fadzi dan Mohd Khair Ngadiron dari ITNM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.