Sabtu, 18 Disember 2010

Futsal Belia Malaysia

Cabaran futsal belia terhebat
Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia memasuki saingan hari kedua hari ini dengan 555 perlawanan peringkat kumpulan lagi akan diteruskan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.

Kesemua 444 pasukan lelaki dan wanita dari 222 kawasan Parlimen di seluruh negara sekali lagi akan turun ke gelanggang dalam misi memburu dua tempat teratas peringkat kumpulan masing-masing bagi mengesahkan tempat ke pusingan kedua.

Saingan hari ini bakal menyaksikan 555 lagi perlawanan yang penuh mendebarkan, sekaligus menjadi penentu kepada nasib pasukan masing-masing dalam pemburuan hadiah kejuaraan keseluruhan berjumlah RM88,000.

Kemeriahan pada hari pertama semalam memang suka runtuk digambarkan.

Selain pemain, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks Futsal Putrajaya itu yang datang untuk melihat kemahiran dan bakat terpendam peserta-peserta yang bersaing pada pusingan akhir kejohanan yang julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini.

Meskipun hujan turun pada sesi petang, namun saingan di tengah gelanggang tetap meriah.

Begitupun, ada beberapa perlawanan yang tidak dapat diteruskan ekoran hujun lebat dan pengadil membuat keputusan untuk menamatkan perlawanan terbabit ditentukan menerusi sepakan penalti.

Hari ini, empat sesi perlawanan di peringkat kumpulan akan diteruskan bagi mencari 74 pasukan (lelaki) dan 74 (wanita) terbaik untuk beraksi di pusingan kedua.

Selepas itu, 64 pasukan lelaki dan wanita itu akan meneruskan saingan ke pusingan ketiga sebelum menempatkan diri dalam kelompok 32 pasukan terbaik untuk beraksi di pusingan keempat.

Saingan kalah mati ini kemudian diteruskan dengan 16 daripada 32 pasukan tersebut yang akan berentap dalam saingan pusingan kelima.

Pusingan separuh akhir dan final kategori lelaki dan wanita pula akan dilangsungkan pada petang esok.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.