Jumaat, 3 Disember 2010

Blogger 25 jam sehari dan blogger tidur , satu isu menarik

Isu blog mesra kerajaan terus diperkatakan, ada yang dengki dengan analisa ranking yang dibuat oleh Parpukari baru-baru ini. Ada yang menafikan kononnya ia rekaan semata-mata untuk mencari populariti murah.

Bagaimanapun apabila isu blogger disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini ia seolah-olah telah menghentak bloggers Pakatan Rakyat yang nyenyak tidur. Blog Tulang Besi dari Pas telah memberi pandangan dalam blognya mengenai isu ini.

TM tertarik dengan komen Briged MP Segambut yang mendedahkan kenapa blogger pembangkang tidur. Ianya kerana blog mereka dikawal oleh pihak atasan. Ia berbeza dengan blog mesra kerajaan yang lebih terbuka dan bebas.

Justeru , jika kita meneliti blog mesra kerajaan mereka bebas mengkritik kerajaan jika didapati tidak kena dengan pemikiran mereka. Khairy Jamaluddin setiap hari menjadi makanan Parpu Kari, begitu juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato Hishamuddin Tun Hussain Onn, Dato Seri Dr Zahid Ibrahim, Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz , Dato Seri Dr Rais Yatim tidak sunyi daripada menjadi bahan kritik oleh blogger mesra kerajaaan.

Ia berlainan dengan pembangkang. Pemimpin mereka maksum , syumul dan tidak boleh disentuh atau menjadi bahan kritikan. Inilah puncanya blogger Pas , Pkr dan lain-lain tawar hati dan hilang semangat untuk berkarya. Berikut bukti rasa tidak puas hati mereka.


bukan tak aktivkan diri atau hanya setakat nak copy paste dari e majalah.. soalnya bila kita tulis artikel sendiri pimpinan taik kucing itu marah marah dengan kita tuduh itu dan tuduh ini..menyampah betul..dia ingat kita ini apa? sedangkan bil aku semakin hari semakin tinggi tertunggak ngan tm...ha ha ha..siang malam berperang tapi pemimpin taik kuching pas pkr tahu marah saja.. 

TM salah seorang blogger dari Perak juga bersimpati dengan salah seorang blogger Perak yang lebih lama berkecimpung dalam penulisan tetapi mengumumkan untuk protes bisu dan ingin melelong laptopnya kerana tidak puas hati dengan sikap orang yang mengawalnya.

Di Perak tidak ramai bloggers yang mesra kerajaan, yang ada pun suam-suam sejuk. Dengar cerita mereka dipaksa untuk tunduk kepada seseorang yang kuat di Perak tetapi akhirnya mereka ibarat habis madu sepah dibuang.

Ia berbeza dengan Tm. House Pk, Anak Bukit Gantang, Awek Bukit Gantang  dan yang paling meletup di Perak ialah Perak Today  yang menulis hanya sebagai hobi dan suka-suka untuk mengisi masa senggang. Walaupun suka-suka ia tetap bertujuan untuk menyanggah dan mematahkan fitnah dan pembohongan pembangkang.

Nawaitu kami ialah untuk memperbetulkan minda terutama generasi selepas merdeka yang terpedaya dan taksub dengan pembangkang. Walaupun peranan kami kecil tetapi jika 5% dapat mengubah pemikiran dan persepsi mereka terhadap kerajaan yang memerintah ianya sudah cukup buat kami.

Blogger Pas Perak sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar dan sewaktu memenangi PRK Bukit Gantang, bukan main hebat lagi ditatang bagaikan minyak yang penuh. Kini semua lesu, cuma mereka yang menjaga periuk nasi agar terus berasap sahaja yang masih menulis dan ia termasuklah wakil rakyat mereka sendiri kerana blog adalah fail peribadi , KPI dan penunjuk aras mereka,. Untuk itu mereka sanggup menipu untuk tujuan ini. Beberapa bulan lalu TM mengkritik Adun Pas Selinsing kerana perkara bohong dan menipu dalam blognya.

Dahulu mereka (blogger Pas) bebas keluar masuk SUK dan juga Kediaman Rasmi MB Perak. Setiap kali persidangan Dun mereka segak bergaya dengan suit dan tali leher memasuki dewan persidangan. Ia berlainan sekali dengan kami blogger mesra kerajaan , hanya beberapa orang sahaja yang berpeluang membuat liputan sidang Dun.

Salah seorang blogger Perak yang protes bisu pun pernah dapat Pass untuk membuat liputan tetapi kini sudah dilupakan, bahkan bloggger otai atau elit dari KL pun dijemput untuk ke persidangan terutama sekali sewaktu Pas, Dap dan Pkr buat gila dengan bersidang di bawah pokok dan di hotel.

Persidangan Dun yang akan berakhir hari ini berjalan dengan aman dan tenang, tiada lagi jurufoto dan penulis blogg pembangkang yang berkeliaran di sekitar pagar dewan SUK atau pun di pejabat Dap dan DPPNPk. Hanya ada kawalan pihak polis  sahaja.

TM seperti biasa tidak pernah hadir ke dewan Dun untuk membuat liputan. Pass pun tak pernah dapat. begitu juga dengan Perak Today tidak dapat Pass Masuk,  bagaimana pun melalui jaringan kerja semua maklumat mudah diperolehi.

Begitu jugalah halnya dalam PRK di Hulu Selangor, ramai yang menyatakan TM berada di sana pada hari pembuangan undi, tetapi sebenarnya membuat kerja dan menulis laporan hanya dari rumah.

Kepada pihak yang tertentu di Perak, janganlah sombong kerana kami memerhati anda dan jika diserang jangan marah. Blogger seperti kami yang bertaraf nyamuk ini bukan lagi seperti dahulu yang hanya mempertahankan tetapi kami ingat pesanan pemimpin kami kita kena serang dan serang.

Sebut pasal blog Pas tidur teringat juga sebuah blog di Perak yang bernama 10 Si Budak Hitam yang panas seketika, artikel pertamanya ialah menghentam YB Dato Zahir , YB Dato Hamidah Osman, dan terakhir menghentam Hamdan Taha. Kini sepi bisu , agaknya tuan moderatornya dah jual komputernya dan tamatkan langgangan internet di rumah.   Ha ha......Tulah jangan lebih-lebih, habis madu sepah dibuang.  Ops satu lagi blog Umno Perak yang gah pada awal tahun , apa jadi ? dengar kata asyik tukar kereta baru saja moderatornya.

Ok salam dan maaf kepada yang kena, TM akan ke Lenggong pagi ini, satu lagi tugasan yang sendiri cari dan sendiri tanggung, tak ada orang yang bayar..selamat bersidang DUN Perak buat kali terakhir hari ini.   Hidup senang dan hati mahu senang.....nak bawa kenderaan apa hari ini .....