Jumaat, 3 Disember 2010

Nijar Jamaluddin nak jadi Tok Guru pulak

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin didakwa “berceramah” semasa membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Penyakit sawan yang dihidapi oleh Nizar sejak  menjadi pembangkang telah menunjukkan bahawa beliau tidak menggunakan 11 bulan pengalaman sebagai Menteri Besar untuk berbahas secara profesional dan juju. Dendam kesumatnya terhadap Adun yang melompat kem terus menjadi sembilu kepada beliau.

Nizar seperti biasa sibuk dengan bisnes barunya sebagai agen umrah tidak mempunyai persediaan untuk bercakap dalam dewan. Masa yang diperuntukan selama 15 minit tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh beliau. Paling lama beliau berhujah dengan isi hanya dalam 5 minit sahaja. Bagi mencukupkan masa 15 minit maka jadilah beliau sebagai tok selampit ataupun sebagai red indians yang dapat senapang. Tala sesuka hati janji meletup.

Sedih melihat tingkah laku Nizar yang berangan untuk jadi seperi Nik Aziz. Beliau inginkan tittle Tok Guru dan sebagai langkah permulaan mestilah menjadi agen haji.

Anggota Exco Datuk Hamidah Osman meminta Speakar Datuk R. Ganeson mengarahkan Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) itu supaya tidak menyeleweng daripada topik perbahasan.

“Jangan bazirkan masa dewan, jangan merewang dengan berceramah kerana kita bahas mengenai bajet,” kata Hamidah.Sesi perbahasan Mohammad Nizar yang berlarutan lebih sejam sebelum itu telah menggamatkan dewan beberapa kali apabila beliau menyentuh pelbagai isu politik terutama kritikan terhadap Umno.

Walaupun “panas” tetapi sesi perbahasan Mohammad Nizar turut melucukan apabila beliau memberi laluan kepada beberapa wakil Barisan Nasional (BN) untuk mencelah tetapi tidak mengendahkan permintaan Jamaluddin Mohd Radzi (Bebas-Behrang).

Jeritan “katak” kedengaran dari kerusi pembangkang setiap kali Jamaluddin bangun meminta laluan malah Ganeson juga turut merayu kepada Mohammad Nizar untuk memberikan peluang kepada wakil Behrang itu tetapi tidak diendahkan.

Jamaluddin adalah antara tiga wakil rakyat pakatan pembangkang yang berpaling tadah hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri yang dipimpin Mohammad Nizar sebelum ini.

Mohammad Nizar sementara itu menegaskan bahawa kerjasama antara parti pembangkang terutama antara PAS dan DAP tidak merugikan Melayu dan Islam malah parti itu kini lebih memahami prinsip-prinsip Islam.

Beliau berkata pemimpin DAP tidak anti-Islam dan orang Islam tidak rugi jika parti terbabit mahu berjinak-jinak dengan Islam.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) dalam perbahasannya memberitahu dewan bahawa antara punca pelabur kini “takut” melabur ke Perak adalah disebabkan oleh gelagat pembangkang yang keterlaluan.

“Ada pelabur takut datang ke Perak kerana takut perangai pembangkang…persidangan ini disiarkan secara langsung dalam internet, eloklah semua boleh lihat sendiri perangai pembangkang,” katanya.