Apa kah tugas Nizar Jamaluddin sebenarnya? Wakil Rakyat dua tempat, satu di Permatang Pasir dan satu lagi kerusi panas Parlimen di Bukit Gantang. Poket Nizar semakin tebal sebab balun dua gaji dan elaun.
Cuma kesian kerana menjadi wakil rakyat hanya pada nama, rakyat ditinggalkan Beliau hanya menjadi wakil kepada ahli-ahli Pas sahaja bukan rakyat di kawasan yang beliau menangi.
Selepas digulingkan daripada kerusi MB beliau menjadi sasau sat, sempai terbalik kuang depan Pejabat Umno Negeri. Agaknya masa tu dia menoleh ke arah bangunan tersebut sambil sumpah seranah. Bila mata dan hati sudah ke lain, belliau hilang fokus dan hilang tumpuan, akhirnya terbalik kuang.
Lepas aksiden dok gila menyanyi, habis lagu cina dan lagu Mawi dia menyanyi bila ceramah. La ni pulak dok nak jadi tokee haji umrah.
Semalam TM ke Lenggong dan dapat berita dari orang kampung yang Nizar and the gang dok sibuk buat ceramah di kawasan Hulu Perak dari Lenggong sampai ke Pangkalan Hulu. Kata orang kampung, kawasan Hulu Perak ialah kawasan BN dan oleh itu Pas cuba menguasai kawasan ini dengan bermodalkan ceramah yang amat kerap. Pas bercita-cita untuk menawan kerusi dua kawasan Parlimen ini.
Beberapa bulan yang lepas Pas cuba menyerang habis-habisan kawasan Gopeng. Pas tahu untuk menjadi majority dalan Pakatan Rakyat Pas mestilah kuat dan meletakkan lebih ramai calon untuk PRU 13. Jika dahulu hanya 22 calon tetapi akan datang mesti bertanding sekurang-kurangnya 33 kerusi.
Pas tak perlu risau di kawasan yang ramai Cina kerana yakin Dap mampu menguasi semua kerusi. Pas tidak berharap sangat dengan PKR kerana sifat mereka sama seperti Semangat 46, bila-bila masa boleh bubar parti dan kembali kepada Umno.
Pas juga perlu bijak bermain politik dengan Dap kerana dari dahulu lagu Pas cakap mereka hanya ingin menggunakan Dap untuk menjatuhkan kerajaan BN, itu sahaja tujuan mereka.
bersambung