Pembangkang semakin huru hara dan sasau dengan cadangan tersebut.
Ini kerana wakil rakyat di Dewan Rakyat adalah penggubal undang-undang yang digunapakai di mahkamah, bagaimana mungkin mereka mengambil tindakan walaupun sasaran mereka ialah Speaker Pandikar Amin.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP), Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan itu.
"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri….? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.
"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.
Turut digantung Karpal Singh, R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.
Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).
Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan menggunakan Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Dis ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.