Nik Aziz ternyata tidak nyanyuk ketiak memberi komen ini (rujuk di bawah nanti), Nik Aziz hanya uzur, itu pun ketika di Mekah kerana berkerusi roda ke sana ke mari ( bersantai sambil buat haji). Otak dia mampu berfikir dengan baik, setiap kata-katanya menyengat, berbisa, pedas dan menikam jiwa pendengar.
Cuma sayangnya kata-kata keluar dari seketul hati yang busuk dan penuh dendam kesumat. Kata-katanya boleh diibaratkan sebagai bisikan setan. Ia jelas dapat dilihat setiap kali beliau menjawab soalan pemberita. Ia berlainan sekali apabila beliau berceramah dan berucap dalam majlis-majlis Pas. Ini kerana sewaktu menjawab soalan wartawan, beliau tidak memulakan dengan lafaz bismillah, berbeza sewaktu beliau menyampaikan ucapan atau ceramah.
Apabila tak berselawat dan sebagainya, dengan mudah setan membisikkan ke hatinya supaya mengeluarkan hujah-hujah yang menyeleweng dan menyimpang daripada norma-norma kehidupan kita.
Andaian yang boleh dibuat ialah Nik Aziz mempunyai masalah peribadi yang kritikal, mungkin pengalaman hidup zaman kanak-kanak atau zaman remajanya penuh rona-rona yang hitam dan menyedihkan.
Mungkin beliau pernah diliwat semasa kecil, atau keluarga pernah teraniaya oleh pemerintahan negeri ketika itu, atau permohonan kerja dengan kerajaan ditolak oleh JPA atau kerajaan negeri atau pelbagai kemungkinan lain.
Jika sekiranya beliau dirujuk kepada hospital sakit mental barulah kita dapat merungkai segala permasalahan yang terpendam dalam dadanya. Jika dirujuk kepada Darul Syifa pula mungkin mereka dapat mengenal pasti samada dakwaan Ustaz Mohd Noor Idris betul atau tidak. Jika betul dan benar maka satu usaha perlu dilakukan untuk membersihkan kembali hati, jiwa dan lain-lain daripada dikongkong oleh makhluk-makhluk lain yang bukan manusia.
berikut ialah kenyataan beliau yang mengizinkan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Nik Aziz menegaskan beliau tiada masalah jika Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Nik Aziz bersedia menerima cadangan Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.
"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa.
"Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Anwar dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily Jumaat lalu untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Jelas Nik Abdul Aziz, sebagai sebuah negara demokrasi, soal bangsa seorang pemimpin bukanlah perkara utama yang harus diambil kira, sebaliknya perlu memandang kepada dasar parti yang didukung.
Beliau mendakwa, berbanding dengan UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang mempunyai kelebihan sekiranya memerintah kerana Pas mampu berfungsi untuk menegur perkara yang bercanggah dengan Islam.
"Pakatan pembangkang ada Pas yang menegakkan Islam, apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam, Pas akan beri pandangan, dalam UMNO suara Islam tidak boleh campur tangan, maknanya tiada suara Islam, ini kelemahan UMNO.
"Pas boleh tegur dan selama ini DAP tidak pernah canggah teguran Pas, kerana Pas ini bukan kepunyaan Pas, tapi kepunyaan Allah,'' katanya. Ditanya mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar, Nik Abdul Aziz berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya