846 mangsa banjir Tenang dipindahkan
Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan DUN Tenang tetap berjalan walaupun beberapa kawasan rendah dilanda banjir dan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat
pemindahan terus meningkat.
Jurucakap polis bagi pilihan raya itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata sehingga pukul 2 petang ini, seramai 846 mangsa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.
Mangsa yang dipindahkan ke Balai Raya Kg Paya Dalam ialah seramai 53 orang; Balai Raya Kg Batu Badak (94); Sekolah Agama Pekan Air Panas (58); Balai Raya Kg Usaha Jaya (70); Balai Raya Kg Lembah Bakti (272); Balai Tadika Kg Orang Asli (130); Balai Raya Kg Sekijang (10); Balai Raya Kg Melayu Raya (12); Balai Air Bah Pagoh 2 (53); Sekolah Arab Kg Gubah (13); dan Balai Raya Kg Genuang India (81).
Walaupun hujan lebat masih berterusan, proses pengundian di beberapa pusat pengundian yang tidak terjejas dengan banjir berjalan lancar, katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.