Isnin, 17 Januari 2011
BANTULAH MANGSA KEBAKARAN INI
Assalamualaikum
Salam 1Belia 1Malaysia
JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT & RAKAN MUDA (JKMRM) MAJLIS BELIA MALAYSIA merayu dan memohon simpati seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sedikit sumbangan kepada seorang belia kita yang cedera parah melecur seluruh badan akibat terkena talian eletrik voltan tinggi putus atas badan mangsa...semasa bekerja di sebuah lading.
Mangsa bernama HAIRUMAN, seorang anak yatim piatu sejak berusia 5 tahun dan tinggal bersama kakaknya. Saya sudah menghubungi kakak mangsa, PUAN MARYUNI MISKON sebentar tadi jam 12.30 tengahari, 17 Januari 2011. Beliau memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 26/11/2010 dan sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil terhadap insiden terbabit. Bahkan, tiada bantuan diterima dari mana-mana jabatan dan agensi kerajaan. Kemungkinan besar, hari ini mangsa akan dipindahkan ke Hospital Klang kerana keadaannya fizikalnya yang semakin teruk. Mangsa stabil dan boleh bercakap.
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, (JKMRM) Majlis Belia Malaysia merayu semua pihak khususnya pemimpin masyarakat, ahli politik, pegawai agensi-agensi kebajikan untuk membantu mangsa dan keluarga yang kini dalam keadaan cukup tertekan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu.
Kepada mereka yang bermurah hati yang jauh dari Selangor, sumbangan boleh terus disalurkan kepada mangsa seperti butiran di bawah:
Nama Mangsa: Hairuman
Nama Kakak: Maryuni Bt Miskon
No. Telefon: 0183807867 –
No Akaun :162030632448
Bank: Maybank
Alamat kediaman : No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar 45500 Tanjong Karang, Selangor
Sama-samalah kita membantu dan berdoa buat mangsa dan keluarganya.
Terima kasih.