Isnin, 3 Januari 2011

Docmarjan cover malu

Dua hari lepas sebuah blog Pas menyiarkan tiga keping gambar yang TM kira adalah gimik majlis tahun baru dengan perempuan hybrid atau pondan, ini berdasarkan analisa yang dibuat pada gambar tersebut.

TM juga yakin bahawa ada orang PAS yang hadir dalam pesta tersebut.

Sebelum masyarakat menyalahkan PAS dalam hal tarian pondan , PAS awal-awal lagi menyalahkan UMNO yang tak ada kena mengena dalam pesta itu.

PAS nampak yang itu saja, banyak lagi pesta liar yang berlangsung di negeri Pakatan APCO Anwar itu.

PAS yang berada dalam kerajaan Pakatan gagal membendung atau menghalang atau mentarbiah rakyatnya supaya pesta seperti itu tiidak dijalankan.

Pas berkata mereka mampu membangunkan Selangor dengan baik dan mampu memerintah mengikut cara Islam tetapi hakikatnya gagal dan bila gagal BN juga disalahkan.

Berikut adalah alasan docmarjan dalam usaha menutup malu kerana gagal mengislamkan Selangor

PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian 'tiger show', pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.

Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel berkenaan.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.