Selasa, 18 Januari 2011
DS 18 01 2011 MANUTY DEBAT
Dr Mohd Nor Manutty merupakan penyokong Anwar sejak sekian lama. Beliau adalah anak kelahiran Kg Jelai Batu Kurau dan menjadi pensyarah Universiti Islam Antara Bangsa. Sewaktu Anwar bersiap untuk menawan kerusi Perdana Menteri Beliau merupakan penggerak utama jentera Anwar di Perak Utara.
Beliau menyusun strategi untuk menjadi calon Ahli Parlimen Larut secara automatik sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri. Mesyuarat sulit telah diadakan beberapa kali ditempat sulit untuk menyusun jentera dan mencari sokongan. Belia juga berjaya mempergunakan Umno Larut dan Umno Taiping untuk mengadakan ceramah dan seminar yang berkaitan dengan ilmu di SERATAS dan juga di beberapa sekolah di Batu Kurau seperti Pantai Besar dan Kampung Perak.
Tujuannya ialah untuk menjadi calon tanpa memegang jawatan dalam peringkat bahagian. Hari ini kesetiaannya kepada Anwar sekali lagi mendapat balasan. Beliau telah dilantik menjadi Ketua PKR Perak.
Ketua PKR Perak yang tidak mempunyai jawatan diperingkat Bahagian dan Cabang. Ini adalah polisi Anwar sejak beliau menubuhkan ABIM.
Contohnya ABIM Taiping telah ditubuhkan oleh beberapa orang Umno dan Belia 4B yang kebanyakan adalah guru. Bagaimanapun setelah pertubuhan kukuh dan berjalan dengan baik. Anwar akan mengarahkan sipolan dan sipolan untuk mentadbir pertubuhan itu tanpa merujuk kepada akar umbi. Rupa-rupanya dasar ABIM diteruskan ke dalam PKR sehingga kini.
Beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum 1999 atas tiket PKR di Larut dan beliau hilang wang pertaruhan. Sewaktu Anwar ditangkap beliau telah melarikan diri jauh hingga ke pulau-pulau di indonesia dengan beberapa orang lain daripada Umno.
sekian