Khamis, 20 Januari 2011
KABEL TELEFON NYARIS MERANGUT MANGSA KEDUA DI KAMUNTING
Kes kabel telefon melendur dan menjadi pembunuh bukan kali pertama berlaku di Kampung Expo Kamunting Perak. Beberapa tahun lalu seorang remaja meninggal dunia kerana terbelit kabel telefon sewaktu menunggang skuter untuk ke masjid pada waktu senja.
Pada Disember lalu seorang pesara penjara dalam perjalanan ke bandar pada tengah hari telah sekali lagi terbelit kabel telefon pada lehernya sehingga beliau terhumban jatuh dari motosikalnya.
Beliau telah membuat laporan polis dan mendapat rawatan di Hospital Taiping. Pihak Telekom Bahagian Risiko, En Nuril Anuar Sakin dan Takaful Etiqa Maybank berkata kecederaan yang beliau alami adalah kecil dan pihak insuran hanya boleh bayar RM 3300 sahaja.
Agaknya kerana mangsa tidak ambil peguam maka syarikat hanya bayar saguhati sahaja. Mana boleh macam tuuu...jangan kira untung sahaja. kebajikan orang kena ambil tahun juga..
Agaknya Telekom nak tunggu putus leher baru nak bayar tinggi kut.