Ahad, 23 Januari 2011

MAZLAN ALIMAN YANG TIDAK BERADAP

Petang tadi TM ke Felda Ijok bersama Menteri Besar Perak dalam lawatan kerjanya ke Batu Kurau dan Kubu Gajah.

TM sempat bertanya kepada pengawai Felda , adakah Mazlan Aliman datang dan kacau Felda Ijok. Jawapannya  ialah YA.

Mazlan datang secara komunis , datang kerumah yang dikenal pasti penyokong Pas dan merancang untuk mengadakan satu ceramah politik dan menghasut peserta Felda supaya bersamanya dalam ANAK.

Kenapa Mazlan dicap sebagai komunis? Ini kerana cara beliau menyusup masuk dan cuba mempengaruhi penduduk dengan cara yang salah.

Felda mempunyai Pengurus, Penolong Pengurus dan ramai kaki tangannya. Sepatutnya Mazlan datang lah melalui pintu depan untuk menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan ANAK di Felda Ijok yang merupakan FELDA yang pertama di Malaysia.

Setelah pegawai mengetahui cerita ini, pihak pengurusan telah menasihat peserta Felda tersebut supaya membatalkan  majlis tersebut tetapi gagal. Peserta yang besar kepala sudah berjanji dan program  berjaya dijalankan.

Bagaimanapun ia tidak mendapat sambutan kerana peserta Felda sudah tahu bahawa ia adalah sandiwara politik parti Pas.

Tak puas hati beliau menghantar Ketua Pas Larut Sdr Nazri untuk berjumpa pihak pengurusan, tetapi sekali lagi usaha mereka gagal.

Hari ini Pas tidak pernah serik untuk menguasai penduduk tersebut. Ini terbukti di Skim Peringkat 3 terdapat sebuah surau yang aktif  mengadakan aktiviti politik Pas. Ramai penceramah-penceramah Pas yang hebat seperti membawa Dato Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memberi ceramah politik.

Akan tetapi yang melucukan ialah Pemimpin Pas hanya pandai datang jual air liur dan mengutip derma jihad.

Sedangkan untuk membaiki surau tersebut Pas tidak mampu memberi sesen pun. Bila ada kerosakan bumbung, kebocoran paip dan kerosakan elektrik kepada YBM Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin Hj Omar juga lah tempat mereka mengadu.

Memang dasar muka tembok tak tahu malu.