Selasa, 18 Januari 2011

Murid: Selamaaatt pagiii cikguuuu....Takbiiirrrr



Murid:      Selamaaattt pagi Cikguuu....
Normala:  Takbirrrrrr...

Cikgu Mala adalah calon Parti Melayu Islam Pas untuk berentap dalam PRK DUN Tenang.

Beliau adalah Guru Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diberhentikan perkhidmatannya serta merta setelah beliau memohon meletak jawatan.

Jawatannya sebagai Ketua Muslimat Pas telah lama mendorong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Johor (JPJ) dan Kementerrian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha mempersiapkan dirinya untuk menjadi kakitangan yang menentang kerajaan yang aktif.

Cikgu Normala dan suaminya sentiasa diberi keutamaan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD, JPJ dan KPM samada sebagai peserta atau muncul sebagai pengacara majlis. 

Pendedahan Cikgu Normala kepada masyarakat yang dibuat dengan begitu terancang dan berterusan adalah disebabkan tidak ada guru atau pegawai lain yang berani dan berterus-terang menentang kerajaan seperti yang dikehendaki oleh PPD, JPJ dan KPM.

Oleh kerana itu Normala diberi kepercayaan mengasah bakat dan kepimpinannya di bawah pimpinan dan penyeliaan pegawai Parti Melayu Islam Pas  yang diletakkan  bertugas di PPD, JPJ dan KPM.

Walaupun belum tiba tarikh penamaan calon, pegawai-pegawai Parti Melayu Islam Pas yang bertugas di SPRM telah membiarkan sahaja aktiviti berkempen di DUN Tenang. Normala dan gerombolannya bebas melakukan apa sahaja di kawasan tersebut dan SPRM kelihatan seperti tidak berminat walaupun sekadar menegur pelanggaran akta peraturan pilihanraya itu.

Cikgu Normala yang sudah makan gaji selama  13 tahun dengan kerajaan, mula turun bertemu dengan orang ramai untuk mendapatkan undi.

Cikgu Normala dan muslimat Parti Melayu Islam Pas akan berkerjasama dengan PKR dan DAP menerangkan kepada orang ramai bahawa:

  1. Sokonglah Pas kerana Pas Islam. Orang Islam mesti sokong Islam.
  2. Sokonglah Pas kerana UMNO menzalimi rakyat 
  3. Sokonglah Pas untuk selamatkan rakyat dan kekejaman UMNO
  4. Sokonglah Pas kerana UMNO APCO
  5. Sokonglah Pas untuk kembalikan keadilan
  6. Sokonglah Pas untuk bangunkan ekonomi negara
  7. Sokonglah Pas untuk selamatkan rakyat dari penindasan
  8. Sokonglah Pas untuk menurunkan harga barang dan minyak
  9. Sokonglah Pas untuk kepimpinan membangun bersama Ulamak
  10. Sokonglah Pas supaya selamat di hari akhirat.
Itulah antara yang Pendita catat berkaitan hujjah yang sedang dimainkan oleh perayu undi Parti Melayu Islam Pas di Tenang. Mereka pergi ke rumah-rumah dengan pakaian Islam walaupun lidah mereka tidak begitu.

Barulah kita faham mengapa Normala dan suaminya berkerja dengan kerajaan tetapi menikam kerajaan dari belakang secara terang-terangan. Rupa-rupanya Kerajaan ini sangat zalim dan kejam terhadap rakyat Malaysia.

Kita biarkan sahaja PPD, JPJ, KPM dan SPRM serta Normala buat apa yang mereka suka kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Kita amat yakin dengan pegangan politik YAB Dato' Seri Najib yang mengatakan:

"Biarlah rakyat yang membuat penilaian"