Jumaat, 28 Januari 2011

PAS KENA SIASAT SALAH LAKU CIKGU MAAROF

Pas sebagai sebuah parti Isleee yang sentiasa memantau dan mencari salah BN terutamanya Umno kena buka mata, buka minda dan buka pintu hati untuk meneropong kesalahan kaki tangan kerajaan.

Menurut Pas semua kakitangan kerajaan tidak betul, tidak menjalankan tugas yang diamanahkan, rasuah dan bermacam-macam tohmahan mereka.

Pas sangat rajin mencari dan mengorek cerita-cerita kaki tangan kerajaan termasuk isu calon BN di Dun Tenang Azahar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok AI.

Pas kata Tok AI telah diturunkan pangkat, terlibat dalam menginaya pemilik tanah. Bukan main hebat Pas membongkarkan salahlaku Tok AI. Atas kesilapan kerani pejabat tanah yang menyebabkan pemilik tanah dilelong oleh bank. Apabila dibawa ke mahkamah, ternyata isu lelongan salah dan Tok Ai terpaksa mewakili kerajaan kerana beliau adalah ketua jabatan. Takkan lah nak suruh kerani pejabat tanah nak bercakap mewakili kerajaan.


[ walaupun BN telah menerangkan pembohongan Pas tetapi isu tanah masih dimainkan oleh Pas].

Tahniah Pas yang menjadi Raja Fitnah, Anwar pula digelar Raja Drama.

TM ingin menyeru kepada PAS supaya tidak sahaja menyiasat Tok Ai tetapi siasat juga mengapa Cikgu Mokhtar tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang guru.

Siasat mengapa suami Calon Pas Cikgu Sophia Loren sanggup menipu MC untuk 21 hari. Cikgu Mokhtar kata kepada doktor bahawa dia mendapat symptom  kemurungan atau Anxiety . Anxiety ini dalam bahasa Melayu nya gila lah tuan -tuan dan puan-puan.

Pas juga kena siasat adakah benar pendedahan BN bahawa Cikgu Sophia Loren yang comel dan cantik kata  MSO. Cikgu Sophia Loren ini sijil SPM nya tak cukup makan, hanya setakat sijil bertaraf Sijil Am Pelajaran saja.

Mujurlah ada kerajaan BN yang memerintah kerana memberi peluang kepada Cikgu Sophia Loren untuk menjadi guru bagi membela anak bangsa di kampungnya.  Cikgu Sophia juga mendapat simpati kerajaan BN kerana tak posting beliau ke Kelantan, Hulu Terengganu atau Sabah Sarawak. Untung  cikgu Sophia kerana dapat bertugas di daerah sendiri.

Hah...tunggu apa lagi Pas, selepas baca blog ni pergi lah siasat Cikgu Sophia Loren suami isteri.