Isnin, 31 Januari 2011

Penulis buku mengenai Memali buat laporan polis

BALING 28 Jan. – Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan Pas Kedah berikutan bukunya itu dikatakan telah mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali.

Zainon Ismail, 54, yang menulis buku "Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali" membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira 3.30 petang tadi.

Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siong di sini




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.