Ahad, 2 Januari 2011

Yuran Sekolah

Setiap awal tahun ibubapa akan berebut rebut mengadap guru kelas untuk membayar yuran dan guru pula pening kepala menjadi cashier.

Silap-silap salah menyungsung wang dan ada kalanya pihak sekolah mengarahkan guru kelas menyimpan dahulu wang yang mencecah ribuan ringgit.

Pernah berlaku rumah guru dipecah pada awal tahun dan ada juga guru yang disamun dalam perjalan balik ke rumah. Bagi sekolah yang mengikut arahan tidak berlaku sebarang masalah kerana wang dihantar ke pejabat untuk dibankan sebelum jam 3 petang.

Jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah ibubapa memasukkan wang yuran terus ke dalam bank dan hanya menyertakan salinan sahaja atau menggunakan sistem online.

Jika IPT boleh melaksanakan sistem ini kenapa pihak sekolah tidak mencontohinya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.